Bintang antarabangsa, Katy Perry terpaksa berdepan situasi yang agak janggal baginya apabila dia telah dicium dan diraba peminat sewaktu mengadakan konsert di Rio De Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Menerusi laporan CNN, kejadian itu berlaku Isnin lalu sewaktu Katy hadir bagi menjayakan konsert Rock In Rio Isnin lalu dan tidak menyangka insiden seperti lagu popularnya “I Kissed A Girl” berlaku betul-betul pada dirinya.

Ketika pertengahan konsert, Katy telah menjemput salah seorang peminat naik ke atas pentas dan wanita itu kelihatan sangat teruja apabila dapat melihat dan bertentang mata dengan bintang pujaannya dari dekat.

Tanpa disangka, wanita itu kemudiannya bertindak di luar dugaan dan memeluk Katy sepuas-puasnya sambil mencium leher penyanyi berusia 30 tahun itu beberapa kali.

Katy bagaimanapun bertindak profesional dan memberitahu hadirin konsert yang wanita itu telah menciumnya.

Situasi bertambah rumit apabila peminat tersebut tidak mahu melepaskan penyanyi lagu Roar itu dan dia kemudiannya turut meraba buah dada dan anggota badan lain Katy Perry.

Keadaan bagaimanapun terkawal selepas wanita itu berselfie bersama Katy dan mencium penyanyi kesayangannya itu sekali lagi.

Dan sebelum meninggalkan pentas, Katy sendiri melakukan sesuatu yang tak diduga apabila dia menampar punggung wanita itu sebelum wanita itu turut membalasnya kembali.

Rata-rata komen peminat di laman sosial turut terkejut dengan kejadian itu dan memberi komen tersendiri.

Bagaimanapun, ramai yang memuji Katy di atas kemampuannya mengawal keadaan apabila berdepan sebegitu dengan peminat fanatik.

Sumber: CNN

Olahan: Helmi Zainalabidin