Penyanyi popular bertaraf antarabangsa, Yuna telah dipilih untuk menyanyikan lagu runut bunyi filem M for Malaysia.

Lagu yang berjudul Bermula Kita itu dinyanyikan oleh Yuna bersama Rendra Zawawi.

Video lirik rasmi lagu tersebut sudahpun ditayangkan di YouTube bermula semalam.

Berikut adalah antara potongan lirik lagu tersebut.

"Bermula kita semimpi sejiwa, mengejar impian, bermula kita di penghujung senja menunggu fajar yang baru di langit kita yang satu."

Sedikit info mengenai filem M for Malaysia, ia mengisahkan tentang kemenangan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Filem arahan Ineza Roussille dan Dian Lee ini juga menceritakan rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerajaan sebelumnya kerana banyak terlibat dengan kegiatan rasuah.

M for Malaysia akan mula ditayangkan di pawagam terpilih mulai 12 September untuk empat hari sahaja, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!