Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali, 30 atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan dirinya berhenti merokok disebabkan oleh anaknya, Ameena Sofia.

Mula merokok ketika usia remaja, Fizi membulatkan tekad untuk berhenti demi permata hati tercinta.

"Saya dah mula merokok semenjak tingkatan satu. Saya kuat merokok... Dulu, saya hisap sekotak setengah rokok untuk sehari.

"Ketika di awal kelahiran Ameena, saya masih merokok. Kesukaran mula timbul kerana saya harus mandi terlebih dahulu selepas merokok, barulah saya boleh mendukung atau menjaga Ameena.

"Bila merokok, bukan sahaja tangan saya yang berbau, malah badan juga akan melekat bau rokok. Perkara terbabit sangat melecehkan... Dari situ, saya mula berazam untuk berhenti merokok.

"Alhamdulillah, saya berjaya berhenti merokok dan bertekad untuk tidak kembali kepada tabiat itu... Lebih senang untuk saya menjaga dan bermain dengan Ameena," kata Fizi.

abam dah dapatkan @ncigmy edisi merdeka..korang bila lagi??murahhhh wehhh!!!

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on


Tambah Fizi, dia juga menggunakan peranti alternatif untuk berhenti merokok bagi mengekang tabiat terbabit.

"Saya menggunakan NCIG sebagai alternatif. Setakat ini, NCIG berjaya membuatkan saya berhenti merokok.

"Selain kesedaran berkenaan dengan anak, saya juga mahu jadi lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup yang lebih baik," katanya.



Fizi ditemui di majlis pelancaran cawangan kedua NCIG di PV128, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selepas pembukaan cawangan pertama di Sri Hartamas pada Mei lalu, majlis ini turut menyaksikan pelancaran NPOD perisa terbaru iaitu Roast Coffee.

Dalam pada itu, bersempena dengan bulan kemerdekaan, NCIG turut melancarkan pakej 'special edition' terhad bernilai RM300 dengan harga promosi RM180 sahaja.



Selain Fizi, turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif NCIG, Shariffuddin Bujang, pelakon Iswan Ismail, pelawak Fad Bocey, penyanyi Joe Flizzow dan Ameer Forteen serta ramai lagi.

Sekadar info, Fizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan dengan kehadiran Ameena pada 14 Mac lalu.