Hasrat dua pelajar #AF2015 untuk mara ke peringkat akhir pertandingan realiti tersebut tidak tercapai apabila nama Rachel dan Lisa diumumkan sebagai peserta seterusnya tersingkir di konsert separuh akhir #AF2015.

Rachel yang ditemui sebaik sahaja tamat konsert tersebut sebentar tadi mengakui puas hati dengan keputusan yang diberikan walaupun tersingkir.

“Kalau boleh saya memang menyimpan hasrat untuk ke final tapi nampaknya sampai sini sahaja perjuangan saya.

“Tapi apa pun saya puas hati dengan pemilihan finalis kerana mereka berempat memang layak untuk ke final.

“Saya akui vokal saya tidak sehebat finalis #AF2015 dan masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki seperti sebutan dan juga slang saya,” katanya.

Rachel telah menyampaikan lagu solo berjudul Hi Hi Bye Bye versi bahasa Cina oleh penyanyi asal Cindy Wang manakala lagu keduanya adalah ‘Hati Ini Telah Dilukai’ nyanyian duet bersama Azhael.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai ramalan juara #AF2015, Rachel memberitahu dia memilih Syamel dan Bila kerana mereka berdua mempunyai vokal yang hebat.

“Sebenarnya sejak dalam akademi lagi saya dah lihat potensi Bila dan Syamel. Jadi mereka berdua merupakan pilihan juara #AF2015 saya,” katanya mengakhiri perbualan.

Rachel dan Lisa masing-masing mendapat undian terendah iaitu sebanyak 11.34% dan 12.75%.

Konsert Separuh Akhir #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Saksikan Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my.

Terlepas aksi #AF2015?

Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.

Jangan lupa juga untuk menyertai MV Lip Sync dan berpeluang untuk memenangi telefon pintar. Muat turun aplikasi MV Lip Sync di App Store dan Google Play Store secara percuma.

Teks Oleh: Mya Amri