Pereka fesyen Rizman Nordin baru-baru ini ditegur netizen kerana kek parti bujangnya yang menyerupai bentuk payudara wanita.

Parti bujang yang diadakan dua minggu lalu itu, merupakan kejutan daripada rakan-rakannya selepas sambutan terdahulu di sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi, Kedah.

Mengulas tentang perkara tersebut, Rizman berkata, mungkin kerana dirinya dikenali perkara tersebut dijadikan isu, sedangkan sebelum ini sudah ramai yang menyambut parti bujang dengan kek berbentuk sedemikian.

“Terpulang kepada penerimaan masing-masing. Saya tidak nampak benda ini satu isu besar kerana sebelum ini dah ramai orang buat benda sama.

“Mungkin kerana dikenali, bila kita buat sesuatu yang pelik sikit orang akan tegur. Tapi saya tak ambil kisah kerana ia parti kejutan yang dianjurkan rakan-rakan.

“Saya rasa bertuah kerana mempunyai sabahat-sahabat yang sentiasa menghargai saya dan bersusah payah mengadakan parti kejutan tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak akan mengambil hati dengan kritikan kasar netizen.
“Nak cakap apa pun cakaplah, saya tak kisah pun,” katanya.

Rizman atau nama sebenarnya Rizman Nordin, 35, bakal menamatkan zaman bujangnya selepas mengikat tali pertunangan dengan Nurida Suraya, 30, pada Jun 2019.

Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.

Sumber: Hlive!