Pelakon dan penyanyi Bella Astillah enggan mengulas lanjut mengenai status rujuk semula dengan bekas suaminya, penyanyi Aliff Aziz.
Jelas Bella, mereka masih berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar namun tidak bersedia berkongsi cerita mengenai situasi berkenaan.
"Selepas tiga bulan bercerai, Aliff masih ada menghubungi saya dan biasanya bertanya khabar masing-masing atau anak kami, Ayden. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa.
"Soal dia pujuk saya untuk rujuk semula itu privasi, saya tak bersedia untuk bercerita mengenai perkara itu.
"Saya selalu percaya kalau ada jodoh, adalah. Tak kisahlah pasangan yang sudah berpisah berpuluh-puluh tahun pun.
"Saya reda dan percaya dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya hanya menunggu," jelas Bella kepada Gempak.
Bella yang ditemui pada majlis doa selamat dan prapelancaran telefilem Kerusi Kecil di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui tidak mudah untuknya betul-betul 'move on' dalam hubungan rumah tangganya yang sudah putus.
Namun, dia memilih untuk memaafkan dan enggan dibelenggu rasa sedih atau kecewa.
"Sebenarnya saya sudah memaafkan, itu yang membuatkan saya kuat. Ia perlahan-lahan membuatkan saya rasa tenang, tiada rasa sakit hati dan benci pun hilang.
"Tak mudah nak move on terutama bagi pasangan yang terlalu rapat macam saya dan bekas suami.
"Tetapi pilihan kita untuk terus bersedih atau ceria dan saya pilih untuk gembira sebab saya masih ada keluarga dan anak.
"Setiap kali rasa sedih, saya akan memandang wajah Ayden.
"Kadang-kadang sebenarnya saya sendiri terlalu sibuk hingga tiada masa untuk bersedih pun," kata Bella.
Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.
Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.
Amri Hassan
Mon Aug 26 2019
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
RTM memilih untuk menangguhkan tayangan drama membabitkan pelakon yang namanya hangat menjadi bahan bualan netizen dan masyarakat susulan beberapa kontroversi yang tercetus.
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.