Jika sebelum ini video muzik Blank Marquee dan Forevermore menjadi bualan dan mendapat tempat di hati para peminatnya, kini penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna tampil dengan video muzik terbaharu bagi lagu (Not) The Love Of My Life.
Nampaknya kali ini, penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles. Amerika Syarikat itu cuba mengetengahkan elemen tradisional kaum India pula, lapor Astro Awani.
Dalam video muzik itu, Yuna turut menyarung persalinan kaum India serta mengenakan barangan kemas tradisional kaum itu dari hujung rambut ke hujung kaki.
Seperti lagu Forevermore, muzik video (Not) The Love Of My Life ini turut menggunakan khidmat koreografer yang sama iaitu Harshini Sukumaran.
“(Not) The Love Of My Life menceritakan kisah seorang pengantin perempuan yang sedang bersiap sedia untuk dinikahkan mempunyai keraguan dalam keputusannya untuk berkahwin.
“Saya kembali ke Malaysia dan mahu bekerjasama lagi dengan rakan karib dan koreografer tradisional India Harshini Sukumaran yang juga pernah bekerjasama dengan saya dalam video muzik Forevermore,” tulis Yuna di ruangan keterangan video muzik itu di YouTube.
Jelas Yuna, dia juga begitu gembira kerana dapat berkolaborasi dengan bakat-bakat lain dan pengusaha perniagaan yang sememangnya terlibat dalam industri perkahwinan India, yang banyak membantunya menonjolkan keindahan dan kecantikan dalam muzik video tersebut.
Tambah Yuna lagi, semua orang di Malaysia memainkan peranan mereka dalam menghormati dan menyayangi budaya masing-masing dan dia merasakan ia sangat unik.
“Saya amat gembira kerana dapat berkongsi apa yang menjadi sebahagian dalam hidup saya kepada seluruh dunia. Saya bukan bintang utama video ini (tetapi) mereka.
“Saya sangat gembira kerana saya mendapat peluang untuk mengarahkan video muzik pertama saya, tetapi ia tidak mungkin dilakukan tanpa perundingan, sokongan, dan yang paling penting sokongan daripada komuniti India di Malaysia,” ujar Yuna lagi.
(Not) The Love Of My Life merupakan salah satu lagu daripada album terbaharu Yuna berjudul Rouge.
Di ruangan komen video muzik itu di YouTube, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bangga terhadap Yuna yang sering memaparkan sisi Malaysia dalam setiap karyanya.
Malah ramai diantara mereka berkata mereka telah jatuh cinta dengan video muzik lagu (Not) The Love Of My Life ini.
Yuna yang memberanikan diri meneroka pasaran AS menempa nama di peringkat dunia apabila lagunya dengan Usher berjudul Crush menjadi siulan ramai beberapa tahun lalu.
Selepas itu, penyanyi itu juga turut mendapat perhatian selepas bekerjasama dengan kumpulan terkenal dari Korea Selatan, Epik High serta Jay Park.
Sebelum ini, imej Yuna memakai cucuk sanggul pada kulit hadapan album Rogue juga menjadi bahan perbualan dalam kalangan peminatnya.
Foto penyanyi itu turut tertera dalam papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat dengan memaparkan wajahnya selain mempromosi album terbaharunya, Rouge.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Fri Aug 23 2019
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya