Peserta Big Stage 2, Neeta Manishaa menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya telah mengundurkan diri dari kumpulan iAmNeeta untuk bergerak sebagai seorang penyanyi solo.
Menurut Neeta, kumpulannya itu masih wujud sehingga sekarang namun mereka kini dalam proses berehat memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas sendiri.
"Sebenarnya kumpulan iAmNeeta ada saja, sebab salah seorang anggota kumpulan saya berada di Moscow dan sorang lagi bakal berkahwin jadi kami mengambil rehat buat seketika memandangkan yang lain sibuk dengan haluan mereka.
"Kami masih bersama dan apa yang saya ingin jelaskan disini bahwa saya dan anggota lain iAmNeeta tidak berpecah.
"Jadi, sekarang ini masa yang sesuai untuk saya menyertai Big Stage kerana angota kumpulan lain mahu saya lebih menyerlah daripada sebelum ini.
"Walaupun selepas ini saya keluar dari Big Stage, saya tetap akan bersama band kerana itu merupakan jiwa saya sejak dulu lagi berbanding menyanyi secara solo," katanya kepada Gempak.
Neeta berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Big Stage 2019 yang diadakan di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, baru-baru ini.
Selain Neeta selaku vokalis, kumpulan iAmNeeta dianggotai oleh Patrick Anohada sebagai pemain gitar utama, selain Anas Zakwan di posisi bassist.
Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.
Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Rozaimi Zubaidi
Fri Aug 23 2019
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.
Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.