Menerusi entri di Instagram (IG), Shahrul berkongsi sepotong video momen-momen ketika dia melamar isterinya tiga tahun lalu.
"Alah! Ingatkan dia nangis, aku pulak yang gugur air mata. Dah nak masuk 3 tahun dah kahwin.
"Hari ni kita throwback momen-momen best untuk kekalkan kebahagiaan tu. Insya-Allah. Amin.
"Mentionlah pasangan hidup anda, minta dorang tengok balik momen-momen macam ni, Insya-Allah perasaan tu akan datang balik," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan mengakui tersentuh apabila menonton video yang dikongsikan.
"@hidayah_nor18: Semoga kekal hingga ke Jannah abang Saharul dan kak Deena."
"@wan_halmie: Terbaik. Hargai isteri Insya Sllah rezeki tak putus. Suka dengan pasangan ini."
"@mizyanibellaluna: Alhamdulillah. Sekejap saja masa berlalu. 16 September 2016. Dah nak masuk 3 tahun. Insya Allah sampai ke Jannah. Amin @saharulridzwan @deenaemir. Ali, nanti ikut Mummy dengan Baba pergi dating ok. Sambut anniversary sesama."
"@aiminadiaazrun:@saharulridzwan @deenaemir saya pun menangis time ni. Korang kahwin sama tahun dengan saya dan suami. Saya still follow korang since korang beium declare apa-apa, sampai la sekarang. Minat both of u so much.. Semoga berkekalan hingga jannah. Aamiin."
Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir berkahwin pada 16 September 2016.
Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.