Kakak kepada pelakon Intan Najuwa, Intan Najihaa tampil menyebelahi adiknya di ruangan komen selepas mendapat lemparan komen negatif daripada netizen.
Semua ini gara-gara foto pertunangan Intan, 22, bersama tunangnya seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikut Intan beranggapan pertunangan ini terjadi bukan disebabkan cinta tetapi wang ringgit.
Walau bagaimanapun, menurut Najihaa majlis pertunangan itu telah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga belah pihak perempuan.
Malah, Najihaa turut berpesan kepada netizen untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap kerana melibatkan perasaan ahli keluarga yang lain.
"Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan.
"Pelamin and all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom and team.
"@acountryweddingplanner family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.
"Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit.
"Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all.
"And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa.
"Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga.
"Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus.
"Doakan lah yang baik-baik untuk @intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya," tulisnya.
Di samping itu menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon drama Tuan Danial memaafkan individu yang telah melemparkan segala tomahan terhadapnya.
Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, pada Ahad lalu.
Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.
BACA: "Jarak 16 Tahun Bukan Halangan Untuk Saya Memilihnya Sebagai Calon Suami" - Intan Najuwa
Zulaikha Yusof
Wed Aug 21 2019
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.