Di sebalik keberanian peserta menghadiri ujibakat Kecapi Impianku Bersama Sunsilk yang berlangsung di Setia Alam dan Putrajaya, namun banyak sekali kejadian lucu dan menarik berlaku sepanjang sesi tersebut dijalankan.

Misalnya, ada peserta yang kelihatan tergagap-gagap sewaktu menyampaikan berita. Ada pula yang tidak dapat menahan ketawa saat menyampaikan lagu pilihan mereka.

Malah, ada juga yang tidak dapat menahan rasa gementar apabila berdepan dengan ikon kempen tersebut iaitu Melissa Saila (pengarah/pelakon) dan Khairunnisa Kasnoon (wartawan penyiaran).

Malah dek kerana terlalu gementar, ada peserta yang hanya mampu berdiri kaku sambil tersenyum tatkala melakukan gaya seorang pengacara walaupun tidak mengeluarkan sepatah perkataan.

Ada juga yang masih malu-malu untuk bertentang mata dengan mentor mereka, padahal mereka ini dilihat memiliki potensi untuk mara ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun gelagat mereka itu disambut dengan senyuman serta kata-kata semangat oleh Najwa Latif, Melissa Saila dan Khairunnisa Kasnoon yang nampaknya begitu kagum dengan keberanian mereka.

Ini membuktikan bahawa rata-rata wanita berhijab yang hadir ke sesi ujibakat ini memiliki daya keberanian yang cukup tinggi dalam merealisasikan impian mereka dan keberanian mereka itu wajar diberikan pujian.