Pelakon baru, Yusuf Bahrin mengakui dirinya sering dibandingkan dengan aktor popular, Aeril Zafrel.

Semenjak drama bersiri Sweet Dreams yang diterajui oleh Ben Amir dan Mira Filzah ditayangkan dua minggu lalu, peminat sering tersilap dan menyangka watak Dr. Amar dilakonkan oleh Aeril.

Menerusi laman sosial juga, netizen sering membandingkan Yusuf dan Aeril kerana wajah mereka yang boleh dikatakan serupa.

Tidak terkesan dengan perkara itu, Yusuf menjadikan ia sebagai satu cabaran untuknya dalam membina identiti sebagai seorang pelakon.

BACA: Siapa Dr Amar? Kenali Yusuf Bahrin... Jejaka Kacak Pelakon Drama Bersiri Sweet Dreams!

"Kalau nak diikutkan, siapa suka untuk dibanding-bandingkan... betul tak? Saya pelakon baru yang mahu menonjolkan potensi diri dan bakat manakala Aeril pelakon yang lebih berpengalaman.

"Tetapi pada saya, bila ada peminat yang membuat perbandingan, itu akan menjadi satu cabaran pada saya untuk membentuk imej berlainan.

"Saya mencabar diri mahu memberikan sesuatu yang berlainan agar peminat dapat melihat perbezaan antara saya dan juga Aeril pada masa akan datang," katanya optimis.

A book is a dream that you hold in your hands - Neil Gaiman Tapi sekarang memang trend baca buku pakai shades ? #DramaSweetDreams

A post shared by Muhammad Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin) on


Dalam pada itu, Yusuf juga terkejut drama bersiri Sweet Dreams mendapat sambutan yang hebat.

"Jujur saya katakan, saya tidak menyangka sambutan drama ini sangat hebat sekali. Saya ingat orang tak perasan dengan lakonan saya, tapi Alhamdulillah ramai yang mula sedar kehadiran saya dalam bidang lakonan ini.

"Dengan rasa rendah diri, saya rasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menonjolkan bakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan memberikan komen terhadap lakonan saya," katanya ketika dihubungi Gempak.

Penat layan patient harini haih #working ?

A post shared by Muhammad Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin) on


Selain Ben, Mira dan Yusuf, drama bersiri Sweet Dreams turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.