Konsert pertama program realiti Big Stage 2 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Sebanyak 12 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei memulakan langkah untuk berentap di pentas pembukaan Big Stage 2.

Tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu pertama dan semua peserta melangkah ke minggu kedua dan bakal mempersembahkan lagu-lagu rancak.

Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.





Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:





Santesh - Amalina 82.33%
"Malam ini anda nyanyikan dengan terbaik. Tenaga yang cukup baik, vokal yang cukup baik. Anda kena jaga kesihatan, tak boleh jatuh sakit kerana anda boleh mengekalkan tenaga. Anda kena berjaga-jaga dengan high note," - Mark Adam.

Dinda Permata - Tak Sanggup Lagi 77.33%
"Kamu membawakan lagu ini dengan baik. Hampir semuanya lancar dan kamu tidak terbawa emosi. Manfaatkan kesempatan ini kerana tidak semua orang ada kesempatan untuk bertanding di Big Stage. Ini baru minggu pertama," - Cakra Khan.

Neeta - Sakit 77%
"Awak mampu mengawal emosi lagu itu. Bila ada bahagian sayu, awak buat di tempat yang betul. Bila di bahagian yang bertenaga, awak berikan tenaga di tempat yang sepatutnya. Ini peluang untuk awak menyerlah bila tampil secara solo," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Syada Amzah - Dinda 75.33%
"Dari segi persembahan, awak begitu tenang. Tapi cara awak kawal nyanyian, saya berikan kredit kepada awak. Saya masih menantikan persembahan lebih kebabom lagi," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Han-Byul - Shooting Star 74.67%
"Lagu ini bermula dengan nada tinggi, anda perlu melakukan persiapan yang baik. Nyanyian anda bagus. Anda harus ingat jika anda menyanyikan lagu seperti itu, sedikit sebanyak anda harus memasukkan sedikit elemen improvisasi," - Cakra Khan.



Fieya Julia - Perasaanku 74%
"Secara ikhlas, saya memang meminati lagu ini. Nyanyian awak tak ada masalah, tapi wajah awak kelihatan tercari-cari dan gementar. Ambil kesempatan, perbaiki lagi. Tona suara awak sedap, penghayatan baik. Kawal ketakutan anda dengan kekuatan," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Adzrin - Bukan Yang Terbaik 73%
"Di bahagian klimaks dan akhir, nampak sedikit penat. Improvisasi bagus untuk lagu jika dipakai secukupnya. Untuk pandangan pertama, anda sudah lakukan yang terbaik," - Cakra Khan.

Aziz Harun - Jauh 72.33%
"Saya suka tone suara anda. Apa yang penting ialah bagaimanakah ia dinyanyikan, bukan boleh menyanyikan nada tinggi atau sebaliknya. Anda kedengaran sangat bagus," - Mark Adam.

Sheryl Shazwanie - Perasaan 72%
"Persembahan kamu bagus. Ada beberapa note yang awak tertinggal, itu normal. Tapi kamu boleh berikan lagu itu lebih nyawa, banyak perkara yang kamu boleh lakukan. Persembahan tadi okay, berlatih lagi," - Cakra Khan.

Kucaimars - Mimpi Yang Sempurna 71%
"Nampak di wajah anda sedang gementar. Anda banyak pengikut, banyak kelebihan anda. Suara ada mirip Ariel Noah. Kena dengan tone suara awak. Saya nak lihat awak cipta identiti sendiri, suara dah sedap. Minggu depan berikan yang terbaik," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Irfan Haris - Redha 70%
"Saya dah lama kenal awak. Suara awak dah membesar juga, saya dengar ekspresi, saya dapat rasakan awak. Tapi tidak setiap masa. Penyanyi yang bagus dia akan ada jiwa setiap lagu yang mereka nyanyikan. Tapi penyanyi yang luar biasa ada jiwa dalam setiap perkataan yang mereka lagukan," - Mark Adam.

Chaleeda - Pretty Boy 67%
"Saya sukakan awak. Tapi, bila awak menyanyi, awak kena buka mata. Janji dengan saya untuk memperbaiki vokal dan pergerakan anda. Ini merupakan peluang yang sangat besar untuk awak," - Mark Adam.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.








Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!