Fuhh! Nampaknya penantian anak-anak untuk menonton Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends memang berbaloi.

Bukan nak cakap apa, persembahan selama 65 minit memang diisi dengan baik oleh produksi Digital Durian untuk menghiburkan kanak-kanak yang hadir.

Ingat pesan Abang Izzue! Jumpa esok ??? #DidiLive2019

A post shared by Didi & Friends - Lagu Kanak2 (@didiandfriends) on

Memang tidak rugi membeli tiket untuk ‘bonding’ bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini kerana sebelum konsert bermula pun macam-macam aktiviti best di ruang legar ballroom Quill City Convention Centre tau!

Nak tahu apa yang best dalam Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends? Sebanyak 20 lagu hit dinyanyikan secara langsung dan watak-watak di dalam siri animasi popular itu juga turut dibawa bersama.

Memang puas hati! Boleh dikatakan dewan yang boleh memuatkan 1800 orang itu, agak ‘pack’ ketika konsert berlangsung malam tadi (Khamis).

Walaupun hujan lebat pada siang hari, itu tidak menghalang ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka berhibur bersama Didi dan kawan-kawannya.

Wahhh seronoknya #DidiLive2019! Jom nyanyi sama-sama!

A post shared by Astro Malaysia (@astromalaysia) on

Oh ya! Didi & Friends bukan sekadar menabur janji manis tau…Malam tadi, memang banyak kejutan yang ‘awesome’ disamping pengunjung diberikan merchandise istimewa.

Lega bila tengok anak-anak ‘happy’, tambah-tambah lagi untuk ibu bapa yang jarang ada masa untuk bersama.

Apa lagi yang best?
- Konsert yang sangat interaktif untuk seisi keluarga!
- Ada Cabutan bertuah (Kejutan Hari Jadi daripada Maskot Didi & Friends)
- Ada penampilan istimewa! Izzue Islam, Omar & Hana, Wakaka Crew memang tidak mengecewakan
- Berjumpa dengan Didi dan kawan-kawan lain! Dapat bergambar pula tu…Memang seronok!
- Berpeluang menyanyi dan menari bersama Didi & Friends di atas pentas.
- Persembahan Glow-In-The-Dark
- Ada Bubbles dan Giant Beach Ball – Ada yang bawa balik tau! Haha..
- Persembahan Dikir Barat – Secara tak langsung generasi millennial kenal dikir barat. Enjoy sangat masa ni

Tunggu apa lagi? Konsert interaktif yang menarik ini pasti akan membuat anak anda tersenyum riang dan tak senang duduk! Dapatkan tiket sekarang (kalau belum sold out) dan bergembira bersama seisi keluarga. Hora Horey!