Pelawak dan pengacara Ajak Shiro memuji sikap sahabatnya, Johan dalam menjaga perihal rumah tangga.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 33, dia turut banyak mengambil iktibar tentang gaya hidup Johan yang sering mendahulukan keluarga.
“Sejak lama berkawan dengan Johan ni, apa yang saya perasan, lepas kahwin dia ubah terus cara gaya hidup.
“Sekarang dia banyak habiskan masa bersama keluarga sahaja,” ujar Ajak kepada Gempak.
Ajak ditemui ketika majlis sidang media program pencarian bakat Raja Lawak Junior yang tertempat di The Love, Matic, Kuala Lumpur minggu lalu.
Malah, kata Ajak lagi, dia kagum apabila melihat rezeki Johan tidak pernah putus kerana sering memuliakan isteri dan anak-anaknya.
“Saya pernah nampak orang yang kerap cari rezeki sampai abaikan keluarga, tak pun orang tu kaya macam Johan.
“Lelaki berjaya itu bukan yang jenis banyak duit tetapi mereka yang ada keluarga.
“Jadi, baik saya ikut cara Johan yang sentiasa mendahulukan keluarga,” katanya lagi.
Mengikuti perkembangan terkininya, Ajak kini mengacarakan sebuah program Raja Lawak Junior bersama Ain Edruce yang telah bersiaran bermula 10 Ogos, jam 9 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Azwa Rahman
Thu Aug 15 2019
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.