Menerusi perkongsian di beberapa akaun Instagram keluarga dan rakan terdekat penyanyi nombor satu negara itu, Siti dilihat anggun mengenakan persalinan serba hitam sempena majlis itu.
Malah, Siti meluahkan rasa terharu menerima kunjungan daripada Tun M dan Tun Siti Hasmah ke kediamannya.
"Terima kasih di atas kesudian Tun berdua ke teratak kami dan masa yang diluangkan amat kami hargai.
"Menzahirkan rasa hormat dan menghargai itu tidak terbatas syarat apa pun, tidak kira bagaimana caranya tetapi apabila dimaknakan, ia akan mengalir dengan sendirinya. Sederhana dan bermakna," tulis Siti.
Malah, kediaman Siti dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa dihias indah dengan sentuhan pereka hiasan dalaman terkenal Reka Teemor.
Dalam keraian itu juga, Siti dilihat menghadiahkan Tun M hadiah istimewa sementara Tun Siti Hasmah sebuah biola selain mengalunkan beberapa lagu antaranya Janji Manismu khas buat tetamu yang hadir.
Siti siap buat mcm konsert smalam ya
— BOLD (@LoveSiti11) August 14, 2019
Janji Manismu
Persembahan Istimewa dari Biduanita Agung Negara, Siti Nurhaliza sempena Majlis Istimewa untuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah di kediaman beliau dan suami.@CTNurhaliza11 #BiduanitaAgungNegara pic.twitter.com/P3iics5CqE
Tun Siti Hasmah turut mempersembahkan bakat beliau menggesek biola pada majlis terbabit.
Kerendahan hati Siti untuk meraikan Tun M dan Tun Siti Hasmah dipuji netizen menerusi perkongsian Tweet peminat Siti di media sosial.
Bayangkan kau sehebat Siti Nurhaliza,
— BOLD (@LoveSiti11) August 14, 2019
Buat majlis khas untuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah di rumah kau sendiri.
Wanita Paling Berpengaruh Malaysia bersama antara Pemimpin Berpengaruh Dunia.@CTNurhaliza11 @chedetofficial pic.twitter.com/y2sTZUZPdS
Malah, Siti mempesonakan peminatnya dengan menyarung tudung bawal hitam sekali lagi selepas sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini. Nampak semakin muda kata netizen!
Jom lihat foto-foto dan video menarik sempena majlis istimewa itu.