Bintang filem ‘The Princess Diaries’, Anne Hathaway hampir mengamuk apabila hidangan sarapan pagi yang dipesan tidak memenuhi citarasanya.

Kejadian itu berlaku ketika menjalani penggambaran iklan Jepun di sebuah studio bertempat di Los Angeles baru-baru ini.

Menurut laporan portal TMZ, pelakon itu telah memesan hidangan sarapan yang agak ‘simple’ iaitu telur rebus, muffin dan Avocado.

Malangnya hidangan itu tidak berjaya memuaskan hatinya dan dia telah mengambil tindakan dengan memulangkan kembali hidangan berkenaan sebanyak empat kali.

Akibatnya, pelayan restoran itu terpaksa akur dan melayan karenah diva Anne Hathaway yang mahukan sarapannya itu dimasak mengikut kehendaknya.

Menurut Hathaway, penghantaran pertama tidak begitu memuaskan kerana telur rebus yang dimasak terlalu berair dan dipulangkan semula kepada pelayan.

Manakala untuk penghantaran kedua pula, aktres berusia 32 tahun itu membuat aduan kepada pelayan bahawa mufinnya telah sejuk kerana menunggu telur rebus yang baru itu siap dimasak. Dia kemudiannya meminta supaya pelayan itu menukar muffin tersebut.

Setibanya penghantaran ketiga, Anne Hathaway masih lagi tidak puas hati dan kali ini dia memberitahu bahawa telur rebus yang kedua itu telah sejuk sementara menunggu muffin yang baru siap dibakar

Untuk penghantaran kali keempat, pelayan itu bernasib baik kerana Hathaway memuji hidangan telur rebus dan Avocado kerana hindangan tersebut ia sempurna seperti mana yang diminta.

Bagaimanapun, Hathaway kemudiannya menukar fikiran untuk tidak menjamah hidangan berkenaan kerana hilang selera sebaliknya menukar hidangan tersebut kepada telur goreng.

Olahan Semula: Mya Amri

Sumber: TMZ, The Daily Meal