Watak Dr. Amar dalam drama bersiri Sweet Dreams mendapat perhatian peminat dan penonton.

Menjadi teman setia Qash yang dilakonan oleh Ben Amir, netizen tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang membawakan watak terbabit.

Bakat baru yang berusia 27 tahun yang membawakan watak Dr. Amar ialah pelakon Yusuf Bahrin.

CikBam sokong Qash! Kalau orang luar buat semua okay! CikBam buat semua tak boleh. Nantikan Megadrama terbaharu Sweet Dreams! Akan menemui anda Bermula 5 Ogos 2019. Setiap Isnin-Khamis | 10 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Diinspirasikan daripada Novel Sweet Dreams karya @aciklana Dibintangi oleh @mfmirafilzah @benamirr @seanlje @ninajuren @yunarahim @naszsally @yusuf_bahrin @pu_azman @didiastillah @royazman30 Juga Dibintangi dan diarahkan oleh @michaelang38 #dramaSweetDreams #MegadramaSweetDreams #SweetDreams #comingsoon

A post shared by Muhammad Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin) on


Selain ramai yang memuji wajah kacak Yusuf, ada juga netizen yang menyamakan wajah Yusuf dengan pelakon popular, Aeril Zafrel.

Jom, kita kenali Yusuf dengan lebih dekat:

1. Yusuf merupakan anak pertama kepada pasangan suami isteri Bahrin Tahir dan Hanita Ajis. Dilahirkan pada 8 Jun 1992 di Shah Alam, Yusuf mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

Patient paling degil. Nasib baik la cousin aku kalau tak dah lama kena buah muay thai

A post shared by Muhammad Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin) on


2. Sebelum mula berlakon, Yusuf mempunyai perniagaan sendiri. Yusuf pernah membuka barbershop di Melaka selama dua tahun dan pada masa yang sama, Yusuf pernah bergelar jururunding kewangan secara separuh masa.

3. Drama bersiri Sweet Dreams adalah karya keenam yang Yusuf bintangi. Sebelum ini, Yusuf pernah menjayakan watak-watak kecil dalam Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib dan Kau Yang Pertama.

One with baby shayang @mfmirafilzah Amar & Puteri on set #dramasweetdreams #working ????

A post shared by Muhammad Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin) on


4. Yusuf menjadikan pelakon Faizal Hussein sebagai hero kegemarannya. Bagi Yusuf, Faizal masih mempunyai aura sebagai Hero Malaya biarpun dia sudah lama terlibat dalam bidang lakonan. Yusuf turut menyifatkan Faizal sebagai seorang pelakon yang berkarisma dan versatile.

5. Yusuf terlibat dalam bidang lakonan atas dorongan sahabatnya yang bekerja dalam bidang ni. Kini, Yusuf telah dilamar menjadi salah seorang artis dibawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainement. Ahli keluarga Yusuf juga menerima baik dan menyokong bidang kerjaya baru yang diceburinya.

Selain Yusuf dan Ben, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Mira Filzah, Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Sorry mak saya tak dapat balik kampung. On duty #DramaSweetDreams

A post shared by Muhammad Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin) on


Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.