Masalah mental yang turut dikenali dengan nama delirium atau lebih tepat meracau terjadi apabila berlakunya kemurungan dan juga stress yang melampau.

Penyakit berbahaya ini mungkin tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana selebriti terkenal tanah air sehingga kini. Namun tahukah anda ramai di kalangan orang ternama, pelakon dan penyanyi Hollywood antara mereka yang paling ramai mengalami masalah mental.

Meskipun mereka cukup terkenal, mempunyai ramai peminat dan menerima bayaran yang tinggi, masalah mental yang dihadapi mereka secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap kehidupan seharian sehingga boleh mendatangkan kes bunuh diri secara mengejut.

Berikut Astro Gempak kongsi lima selebriti ternama dunia yang mengalami masalah mental yang cukup teruk:

Britney Spears


Siapa sangka kemewahan dan kemasyhuran bintang Pop dunia ini membawa kepada masalah mental dan kejatuhannya. Pada tahun 2007, sewaktu pulang daripada pusat rawatan mental, Britney dengan sengaja menyerang pihak paparazzi dengan sebuah payung dan menjerit seperti orang kurang siuman kerana merakamkan beberapa siri foto terbarunya yang berimej botak.

Tingkah laku wanita berusia 33 tahun itu ternyata mendapat perhatian dunia dan memberi kesan buruk terhadap dirinya. Akibat daripada serangan tersebut, pihak mahkamah memutuskan dia kehilangan hak penjagaan anak-anaknya dan seluruh dunia menuduh Britney mengalami masalah dadah yang teruk dan tidak layak utuk bergelar seorang ibu.

Jim Carrey


Anda mungkin tertipu melihat perangai gila-gila dan hiperaktif yang sering ditampilkan Jim Carrey menerusi filem-filem terkenal beliau seperti Dumb-Dumber, Ace Ventura mahupun The Mask. Pelakon kelahiran Kanada ini sebenarnya mengalami masalah tekanan perasaan yang teruk sejak sekian lama.

Pada tahun 2009, Jim Carrey secara terbuka mengakui mengalami masalah sehingga melibatkan penyalahgunaan dadah dan bertukar menjadi pemabuk tegar. Malah dia turut mengambil pelbagai ubat-ubatan untuk mengawal masalah tekanan perasaan yang dihadapinya.

Terbaru bekas kekasihnya, Cathriona White ditemui mati akibat penyalahgunaan ubat-ubatan secara berlebihan. Perpisahan mereka berdua turut dikaitkan dengan masalah yang dihadapi Jim Carrey sendiri.

Puteri Diana


Kematiannya sehingga kini menjadi misteri dan masih menjadi tanda tanya siapakah yang menjadi dalang utama mengakibatkan Puteri Diana mengalami kemalangan yang cukup mengerikan.

Jika anda rasakan Puteri Diana seorang wanita yang cukup cantik dan sempurna, ternyata ianya tidak benar. Ibu kepada pasangan Putera William dan Harry ini sebenarnya mengalami masalah Bulimia dan tekanan perasaan yang melampau.

Ramai yang tidak tahu wanita yang pernah berkahwin dengan Putera Charles (Prince of Wales) ini mempunyai tingkah laku sering memuntahkan semula makanannya untuk mengekalkan kecantikanbentuk badannya.

Malah dalam suatu pengakuan tidak rasmi, Puteri Diana mengakui suka menyediri dan menikmati rasa sakitnya dihadapinya sewaktu mengalami Bulimia.

Angelina Jolie


Kehidupan Angelina Jolie mungkin sangat berbeza dengan rakan-rakan selebritinya. Bermula dengan masalah penyakit kanser yang dihadapinya, menjalani hubungan sejenis sehingga masalah mental yang membelenggu kehidupan seharian.

Siapa sangka isteri kepada aktor kacak Brad Pitt ini sebenarnya sering tertekan dengan kehidupannya dan sanggup menyakiti dirinya dengan pelbagai benda-benda tajam yang sangat bahaya.

Jika Angelina Jolie melalui saat-saat tekanan perasaan yang terlalu teruk, dia akan cuba mencederakan dirinya untuk mengurangkan rasa tekanan dalam diri. Malah menurut wanita berusia 40 tahun ini mengakui cukup lega setiap kali melakukan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, Angelina Jolie kini boleh menarik nafas lega selepas tabiat buruknya itu sudah lama ditinggalkan dan kini kehidupannya menjadi inspirasi wanita di seluruh dunia. Tidak hanya berjaya dalam bidang lakonan, Angelina Jolie kini dilantik menjadi duta PBB yang memperjuangkan hak-hak kaum yang ditindas.

Jean-Claude Van Damme


Aktor yang cukup terkenal dengan seni mempertahankan diri ini merupakan salah seorang penyakit gangguan bipolar dan tekanan perasaan yang melampau sejak dari kecil lagi.

Pada awal tahun 90an merupakan zaman kegelapan Van Damme kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang sangat teruk sehingga menghabiskan wang hamper RM30,000 seminggu dan ditahan memandu dalam keadaan yang mengkhayalkan.

Dia turut dimasukkan ke pusat rawatan untuk membantu mengawal masalah ketagihan dadah namun tidak berhasil. Tidak mustahil perkahwinan Van Damme gagal sebanyak lima kali dan terbaru pada bulan Mei yang lalu pihak mahkamah mengesahkan dia telah pun berpisah dengan bekas isterinya seorang bina badan berasal dari Portugal.

Teks Oleh: Khalid Rahman

Sumber: The Richest, Wikipedia