Nama Yaya Maembong mungkin baru didengar di dalam industri hiburan berbanding adik-adiknya yang lain iaitu Emma dan Chacha.

Namun tidak ramai tahu bahawa pelakon yang namanya asalnya, Rabbiati Adawiyyah, 38, ini sudah lama bertapak di dalam industri dengan memegang watak-watak yang penting tetapi tidak begitu besar.

Baru saja mendirikan rumahtangga dengan aktor Wan Raja pada Disember tahun lalu, Yaya bakal menimang cahaya mata dan menjadi seorang ibu apabila disahkan hamil 3 bulan.

Sebagai suami iaitu antara orang yang paling rapat dengannya, Wan Raja telah membantu Astro Gempak mebongkar 5 perkara dan fakta menarik tentang Yaya Maembong yang mungkin pelik tetapi menarik untuk dikongsi.

1.Miliki koleksi tembikar tempat letak abu mayat

Wan Raja : Dia memang suka kumpul barang-barang antik dan artistik seperti patung wayang kulit yang didapatinya ketika menonton persembahan wayang kulit di Kelantan. Paling menakutkan dia suka simpan koleksi yang berhantu seperti sebuah tembikar berbentuk dragon. Saya syak tembikar itu adalah tempat letak abu mayat Cina mati.

2. Suka buat artwork di bilik tidur

Wan Raja: Dia suka buat artwork tapi tempat paling dia suka adalah di dalam bilik tidur kami. Saya tidak kisah jika dia hendak buat kerja seni dia itu tetapi bila dia berkarya dia dalam bilik sambil tonton televisyen dia akan buat bilik tidur kami semak dengan barang-barang seninya yang tajam itu akan bertaburan di karpet. Paling menyakitkan hat, saya sudah beberapa kali terpijak. Tapi nak buat macam mana kalau itu minat dia.

3. Gemar berpakaian seperti lelaki

Wan Raja: Saya tak faham juga dengan sikap dia ni. Jika beli baju dia gemar cari baju yang punya gambar tengkorak dan seluar cargo macam lelaki. Meskipun saya sudah banyak kali melarang, dia tetap juga dengan pilihan dia. Kadang-kadang tu, saya saja cakap dengan dia saya nak dating dengan isteri, bukan dengan pengkid. (Wan Raja ketawa apabila mengeluarkan kenyataan ini)

4. Suka bercerita panjang

Wan Raja: Dia ni suka bercerita. Tak kisahlah kalau suka bercerita, Cuma yang penatnya bila dengar cerita dia ni, memang lambat nak habis. Cerita atau isinya pendek sahaja tetapi dia punya pusing-pusing cerita itu jadi panjang pula. Padahal point yang hendak diceritakannnya pendek sahaja. Kelakar juga dengan perangai dia ni.

5. Pandai bertukang- membaiki perabot

Wan Raja: Haa dia ni bukan sahaja suka berpakaian lelaki tetapi gembar juga bertukang macam lelaki. Mana taknya dia memang suka bertukang. Kalau di rumah tu, dialah yang suka mengecat dan paling rare dia pandai repair perabot di rumah sendiri. Nak tak nak sebagai suami saya pun ikut sekalilah tolong. Paling malas bila saya plan nak tidur, masa tu lah dia nak bertukang bagai.

Teks oleh Syafiqah Jalal