Bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Nas Adila telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada awal pagi tadi di Hospital Selayang.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu Rindu itu menerusi akaun Instagramnya.

"Allah permudahkan sangat-sangat kelahiran putera kedua saya dan suami. Terima kasih banyak atas doa kalian," tulis Nas Adila.

Alhamdulillah Allah permudahkan sgt2 kelahiran putra kedua sy & suami @aliff_masta88 .. 6/8/2019 3.3kg 12.58am Terima kasih byk2 atas doa kalian.. ❤?

A post shared by Nas Adila~Singer/Actress/Zumba (@nas_adila) on


Sementara itu, suami Nas Adila, Aliff Razali berkongsi pengalaman menyaksikan kelahiran anak keduanya di hospital kerajaan.

Kata bekas peserta AF6 itu, urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan walaupun pada mulanya cuak apabila isterinya mahu menaiki tangga bangunan 13 tingkat ketika kontraksi tanpa menggunakan lif.

"Aku seram. Dahlah tengah kontraksi 10 minit sekali, wife aku cakap tak ada apa-apa, 13 tingkat je...

"Aku telan air liur. Hati-hati, kalau penat emergency door ada.

"Bila ada dalam bilik bersalin, baru tengok bini aku nak meneran aduh, muka aku ikut sekalilah teran.

"Allah sedang memperlihatkan aku keajaiban ciptaan-Nya. Allahu, nak menangis pun ada!" kongsi Aliff.

Malah, Aliff turut memuji tindakan pantas petugas di hospital terbabit sekali gus memadam persepsi negatif yang sering dicanang selama ini.

"Aku puji jururawat di Hospital Selayang yang dimomok-momokkan katanya servis hampeh.

"Sorry.. Ini dari hati aku jujur, memang kakitangan nampak garang, tegas dan ada nampak kadang-kadang senyum pun susah.

"Fahamlah, mereka stand-by 24 jam, mental kadang-kadang boleh koyak, tapi kerja mereka tip-top!" tambahnya.

AKU SERAM Aku:Jangannn..!japg penat.. Dah lah tgh kotraksi 10 minit skali.. . Wife aku : xde apela.. 13 tingkat je.. . Aku: gulp! ok.. Hati2.. Kalau penat emergency door ada.. Apa2 call.. . Bila ada dalam labour room, baru tgk bini aku nak meneran.. Aduh.. Muke aku ikut skali la teran.. ? . Allah sedang memperlihatkan aku Keajaiban Ciptaan Nya.. Allahu..nak menangis pun ada. . Tapi aku puji nurse2 kat #hospitalselayang yg dimomok2 katanya servis hampeh.. . Sorry..ini dari hati aku jujur.. Mmg staf2 nurse nampak garang, tegas dan ada nampak kekadang senyum pun susah.. . Faham la.. Dorg standby 24 hour kot.. Mental kekadang boleh koyak . Tapi kerja dorg tip top! . Alhamdulillah bini aku mudah je bersalin.. Sebab kami dari awal dah visualise "semuanya akan disempurnakan oleh Allah tepat Pada Masanya! . Sebenarnya, kita sendiri yg boleh pilih keadaan itu.. . Aku salute Ibu2 yg melahirkan anak.. Terima kasih Mak melahirkan aku.. . Terima kasih Ibu2 dan Ayah yg kuat! . So moral of the story. Bersangka Baik dalam Apa jua keadaan dan situasi.. . Allah bersama kita.. Allah berserta... . #abah #ibu #cintasejati

A post shared by Aliff Razali (@aliff_masta88) on


Nas Adila telah mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2015.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rizqi Ikhram yang kini berusia tiga tahun.