Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan telah membelikan beg tangan mewah kepada isterinya, Datin Seri Shahida yang berharga RM200,000.

Namun begitu, Aliff meluahkan rasa kesal kerana tidak mendapat respon yang diharapkan daripada isterinya.

"I baru je habis belikan you beg @chanelofficial RM200,000. You tak hargai pun. Apalah masalahnya," luahnya secara ringkas.

Aliff telah memuat naik paparan skrin perbualan bersama isterinya menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff beranggapan Shahida tidak suka dengan tingkah lakunya itu.

Malah terdapat segelintir netizen berpendapat duit bukan segalanya bagi seorang wanita.




Pengasas produk AS Legacy itu berkunjung ke Jakarta untuk pembikinan lagu terbarunya, Cowok Baru.

i baru je habis belikan u beg @chanelofficial rm200k ? u x hargai pun.. apa lah masalahyee..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on