Jika ada anugerah ‘Rambut Paling Stylo’ tahun 2015, mungkin pelawak Tauke Jambu layak diumumkan sebagai pemenang. Mana tidaknya, bermula di minggu pertama program Super Spontan All Stars sehingga pentas separuh akhir, Tauke tampil pelbagai fesyen rambut yang berani dan agak pelik.

Paling menarik, minggu lalu Tauke tampil dengan rambut ala-ala Punk walaupun pun awalnya hos Dato’ AC Mizal menggelarkan fesyen rambitnya itu ala-ala ‘Shuttlecock Basah’.

Kami mungkin bukan pakar dalam bidang dandanan rambut tetapi mungkin ini hanya sekadar pemerhatian dan pandangan yang mungkin Tauke cuba sampaikan kepada anda.

Jom ikuti lima fesyen rambut yang menjadi perhatian kami:

Fesyen Rambut Super Saiya

Bermula di minggu keempat, Tauke tampil dengan rambut Super Saiya tetapi ada pengaruh Punk. Setiap kali melangkah ke atas pentas Super Spontan All Stars pasti penonton agak tergelak melihat rambut Tauke selain memek mukanya yang sangat bersahaja.












Rambut Pemetik Api

Sama seperti fesyen rambut seperti yang terdahulu, kali ini Tauke bergaya dengan gaya seakan nyalaan api. Berani ke nak buat rambut begini kalau jalan-jalan hujung minggu?












Rambut Hybrid Tomok

Kami tidak tahu ini fesyen apa, tetapi rambut Tauke seakan sayap burung atau mungkin juga rambut ‘belah tengah’ Tomok sewaktu di zaman New Boyz tetapi versi Hybrid.












Rambut Punk Ayam Belanda

Kalau tidak silap penulis, ini merupakan fesyen rambut ala-ala pengikut setia Punk atau mungkin juga seekor ayam belanda yang sedang bertenggek di atas kepala Tauke.











Rambut Shuttlecock Basah

Ini merupakan fesyen rambut Tauke paling ‘WIN’ setakat ini kerana seperti komen Dato’ AC Mizal, ianya seakan-akan ‘Shuttlecock Basah’ atau mungkin juga rambut penyanyi kumpulan The Cure, Robert Smith yang cukup popular di zaman 80-an.












Apa pun, dengan kehadiran fesyen rambut Tauke serba sedikit menghiburkan para penonton dan peminat program permainan improvisasi ini. Jangan marah ya Tauke Jambu! Kami bergurau sahaja. Semga sukses di pentas akhir Super Spontan All Stars Jumaat ini.

Teks: Khalid Rahman