Pengacara Anim Ezati Rizki mendedahkan hubungannya bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, sudah berakhir sejak Januari lalu.

Menurut Anim, perpisahan ini bukan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.

"Sebenarnya, hubungan saya dengan Safawi sudah berakhir sejak awal Januari yang lalu.

"Perpisahan ini bukan disebabkan oleh orang ketiga," kata Anim kepada Gempak.

Tegas Anim, keputusan untuk memutuskan perhubungan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

"Masing-masing membuat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan ini.

"Saya juga merasakan mungkin Safawi terlalu muda untuk saya," katanya.

Terdahulu, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies.