Setiap minggu wajah ceria penaja utama Gegar Vaganza 2 (GV2), Datuk Seri Vida pasti kelihatan di kaca televisyen bersama tiara di atas kepalanya.

Lebih menarik lagi, Datuk Vida akan memakai crown yang berlainan pada setiap minggu dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Datuk Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman berkata, dia mempunyai 10 bentuk tiara yang telah dikumpul sejak lima tahun lalu.

“Crown yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100,000 lebih. Manakala yang murah pula harganya adalah dalam lingkungan RM10,000 lebih.

“Setakat ini saya ada 10 crown yang ditempah di Hong Kong. Dah jadi hobi saya suka kumpul dan pakai crown ini sejak lima tahun lalu. Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.

“Saya biasanya pakai crown ini semasa promosi produk-produk saya atau ada event-event tertentu yang memerlukan saya tampil menarik. Jadi kenalah saya pakai crown yang senang suai padan dengan baju-baju,” katanya seperti yang dilaporkan Media Hiburan Online.

Datuk Vida juga mendedahkan dia mempunyai cita-cita untuk memiliki kedai emasnya sendiri suatu hari nanti.

“Saya minat sangat dengan barang-barang kemas tetapi saya sibuk sangat sampai tak ada masa. Jadi saya terpaksa tangguhkan dahulu sehingga saya bersedia kelak,” katanya lagi.

Bercerita mengenai program Gegar Vaganza pula, Datuk Vida sangat gembira dengan penerimaan peminat yang di luar dugaan itu.

Beliau juga berharap agar produknya Qu Puteh dan Pamoga dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia kerana baginya produk-produknya itu berkesan.

Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber: Media Hiburan Online

A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on