Sejenis buah tempatan secara tiba-tiba menjadi perbualan ‘hangat’ di media sosial apabila ia dilabel sebagai 'buah alien' dalam satu babak drama siri terbaru Netflix berjudul ‘Another Life’.

Semunya gara-gara satu video dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Hash.

Menerusi video berkenaan, dua pelakon tersebut dilihat telah menjumpai buah aneh dari angkasa lepas.

Kedua-dua mereka kemudian cuba menguji sama ada buah tersebut selamat dimakan ataupun tidak.

Tambah aneh, buah tersebut turut disapu ke bibir seorang daripada mereka.

Namun, setelah dilihat dengan teliti buah berkenaan rupanya adalah rambutan yang ternyata amat popular di Asia terutamanya Malaysia.

Posting tersebut tular dan sehingga kini menerima 11,000 perkongsian dan 9,4000 likes.
Rata-rata warganet menganggap ia sebagai agak menjengkelkan.

Tidak kurang juga menganggap industri perfileman di Hollywood sudah kekurangan idea.

Difahamkan, drama ‘Another Life’ telah ditayangkan sejak 25 Julai lalu dan mengisahkan sekumpulan angkasawan yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia selepas menerima kunjungan dari angkasa.