Filem, BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) bakal menemui penonton kurang beberapa minggu saja lagi apabila ditayangkan pada 8 Ogos ini.

Karya terbaru Animonsta Studio ini akan menjadi filem animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.

Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Namun, apa kelainan yang dibawa dalam BBBM2 kali ini?

Bagi anda yang tertanya-tanya apakah elemen dan kejutan yang bakal ditampilkan menerusi sekuel BoBoiBoy, ini antara yang anda perlu tahu.

#1 Janjikan Kualiti Antarabangsa!


Percaya atau tidak, anda akan menyaksikan peningkatan kualiti animasi yang lebih hebat berbanding filem pertama.

Antara terknologi terbaru digunakan termasuklah 'red shift' dan keadah simulasi yang menyeluruh.

Penggunaan 'red shift' ini banyak memberi kelebihan kepada proses 'rendering' yang lebih laju, malah lima hingga enam kali ganda lebih laju dari sebelumnya.

Oleh itu, penonton akan menyaksikan kualiti animasi bertaraf antarabangsa pada BBBM2.

#2 Jalan Cerita Yang Lebih 'Fresh'


Jangan bimbang sekiranya anda terlupa untuk menonton filem terdahulu kerana BBBM2 merupakan perjalanan baru buat BoBoiBoy dan rakan seperjuangannya.

Jalan cerita juga tidak memerlukan anda menjadi Albert Einstein kerana ia agak 'straight forward'.

Watak jahat iaitu Retak’ka ingin mengambil kembali kuasa elemental dengan cara menyerang pelbagai planet dan telah menjadi tanggungjawab BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk menghalang niat jahat berkenaan.

Namun, difahamkan terdapat beberapa elemen kejutan yang bakal 'disajikan' kepada penonton.

Apakah kejutan itu, sama-samalah kita menontonnya 8 ogos ini!

#3 Kemunculan Watak Baru Dan Misteri!


Pada yang telah menonton trailer rasmi BBM2, pastinya anda akan perasan beberapa watak baru.

Antaranya adalah anak kepada Papazola iaitu Pipizola.

Watak comel ini difahamkan turut memainkan peranan penting dalam misi BoBoiBoy dalam menewaskan Retak’ka.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya adalah kemunculan watak berwarna hijau dalam trailer tersebut.

Kehadiran watak ini telah menjadi perbualan ‘hangat’ oleh netizen serta peminat BoBoiBoy di media sosial.

#4 Supervillain Lebih Kejam



Jika anda menonton filem BBBM2 tidak lama lagi, bersiap sedialah dari segi emosi kerana musuh BoBoiBoy bukan calang-calang.

Retak’ka mendakwa dirinya sebagai pengguna asal kepada kuasa elemental kepunyaan BoBoiBoy.

Tidak banyak yang diketahui tentang Retak’ka kecuali dia adalah seorang yang bijaksana, gilakan kuasa dan kejam!

#5 Mampukah BoBoiBoy Menewaskan Retak’ka?



Ini antara persoalan yang bermain di fikiran ramai peminat animasi ini.

Semua sedia maklum, BoBoiBoy sudah menguasai ketujuh-tujuh kuasa elemental.

Kuasa ini termasuklah gempa, taufan, blaze, halilintar, duri, ais dan solar.

Persoalannya, jika Retak’ka berjaya merampas kuasa elemental ini, bagaimanakah cara BoBoiBoy menewaskannya?

Bagi menjawab segala persoalan ini, jom saksikan BBBM2 yang bakal mula menjengah pawagam 8 Ogos ini!