Memikul tugas sebagai juri sesebuah pertandingan bukan sesuatu yang mudah dan perkara tersebut diakui salah seorang juri tetap Gegar Vaganza 2 (GV2), Datuk Ramli MS.
Ramli berkata, bukan mudah untuk menilai para peserta GV2 kerana kesemua mereka merupakan artis profesional.
“Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.
“Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia (AF).
“Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata, tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi ‘in tune’.
“Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari ‘the best among the best,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai penyingkiran Ezlynn dan Zul Handy Black pada minggu ini, Ramli memberitahu persembahan mereka tiada peningkatan.
“Mereka ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama,”ujarnya.
Tambahnya lagi, pada minggu ini tiga peserta telah menunjukkan peningkatan dan membuat persembahan yang sangat baik.
“Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka ‘deliver’.
“Haiza, Azian Mazwan Safuan dan Siti Nordiana adalah peserta ‘underdog’ tetapi lihatlah kualiti yang mereka ada pada hari ini,” katanya.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Ahmad Shah
Mon Nov 02 2015
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum