Gambar terbaharu yang dimuat naik oleh pelakon Shaheizy Sam di media sosial menerima kritikan selepas berkongsi imej tidak berbaju.

Imej tersebut dikongsikan oleh Sam enerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

"My dada is pedas!," tulisnya ringkas.

My dada is pedas!!!

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Rata-rata yang menyaksikan gambar tersebut melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan Sam.

"@abutan: Woiii geli la. Boleh kongsikan gambar lain kot kalau ye pun."

"@shazryerfian: Terlebih bahagia ni Sam. Ini baru betul rumah tangga happy!"

"@khairuwl: Kenapa Shaheizy Sam dah gemuk sekarang dulu kurus je. Tapi kongsi gambar ni naik geli pun ada pula. Rasanya tak sesuai untuk tontonan umum."

"@_bvoy.s4f: Gemuklah Sam sekarang bukan macam dulu. The two eyes looks sad lahhhh bapak."

"@littlemsfrozen: Adoiiiii apa dah jadi ni bro. Dulu tak pernah upload picture macam ni."


Namun, ada juga berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Sam adalah sebagai salah satu cara untuk dia keluarkan produk kurus selepas ini.

"@yani.inay.12: Mungkin Sam nak jual ubat kurus kot lepas ini. So Sam kena test dekat diri sendiri dulu menjadi ke tak. Fikir positif."

Untuk rekod, Sam telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.