Nama pasangan suami isteri dari Shah Alam, Selangor, Adnan Abdullah, 66, dan Hadibah Idris, 64, menjadi bualan warganet semenjak semalam.

Semuanya gara-gara misi mereka untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah dengan memandu kenderaan sendiri dari Malaysia.

Menerusi laporan NST, mereka yang mempunyai lima orang anak menggunakan sebuah kenderaan Ford Ranger 2.5 WLT yang telah melalui proses ubah suai.

Memandu secara purata sejauh 500 kilometer sehari, pasangan ini telah melalui negara Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan telah memulakan perjalanan pada 2 Mei lalu dan dijangka tiba di Tanah Suci Makkah pada Ogos depan.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, warganet memuji usaha gigih pasangan ini dan berdoa agar perjalanan mereka dipermudahkan.

Anda boleh lihat respon warganet di bawah: