Isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam dipuji netizen kerana memilih untuk melahirkan putera ketiga mereka di hospital kerajaan.

Menerusi laman Instagram @ymchepuankhaleeda, beliau berkongsi beberapa keping foto keluarga terbarunya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bharu.

Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan barisan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.

“Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula and everyone who was involved,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Malah, beliau turut dilihat meraikan kelahiran puteranya bersama kakitangan HSA yang menyambut keputeraan putera kedua dalam keluarga ketika dibenarkan keluar daripada Wad Diraja semalam.

Syukur alhamdulillah, he is the best birthday gift ? . Thank you to all the staffs at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula @red_miller_midwife and everyone who was involved??. I would also like to thank everyone who have prayed for me and my family’s well being. I don’t think I can thank you enough?. Lots of love from us ?‍?‍?‍?+???

A post shared by YM Che Puan Khaleeda (@ymchepuankhaleeda) on


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji tindakan pasangan diraja ini memilih untuk melahirkan putera mereka di hospital kerajaan berbanding hospital swasta.

“Adorable princess. So humble. Tak perlu pun deliver di hospital private,” komen seorang netizen.

“Servis government hospital kat Johor Alhamdulillah. Saya dua anak lahir di Hospital Batu Pahat,” puji seorang netizen terhadap perkhidmatan hospital kerajaan.

“Wad Diraja memang tip top dari segala segi. Pakar pun setiasa ada,” ujar seorang netizen lagi.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.