Kehadiran penyanyi rap yang juga hos Running Man, HaHa ke Malaysia baru-baru ini telah disambut meriah oleh para peminatnya.
HaHa atau nama sebenarnya Ha Dong Hoon berada di negara ini untuk menjayakan sebuah acara dipanggil 'Love 11' anjuran laman membeli-belah atas talian, 11 Street.
Pelbagai aktiviti dilakukan oleh HaHa sempena acara ‘Love 11’ yang berlangsung di Lot 10, Bukit Bintang pada petang Rabu.
'Love 11' merupakan simbolik kepada hari istimewa di Korea' Selatan yang dipanggil 'Papero Day'.
Pada hari tersebut, masyarakat Korea akan menyalurkan kasih sayang dengan cara memberi hadiah dan bertukar-tukar snek ‘Papero’ dengan orang tersayang.
Khas buat peminat HaHa, Astro Gempak kongsikan beberapa fakta menarik tentang hos Running Man itu ketika berada di Malaysia:
1. Walaupun HaHa dijadualkan muncul pada jam 6.30 petang, peminat yang telah datang dari awal pagi tidak berganjak malah rela menunggu untuk bertemu figura popular itu.
2. Ada peminat yang membawa sepanduk dan patung Pororo semata-mata untuk menarik perhatian penyanyi rap tersebut.
3. Sebaik sahaja HaHa muncul, suasana mula bertukar menjadi riuh dengan sorakan peminat.
4. Hanya dengan perkataan ‘Apa Khabar’ daripada HaHa, peminat sudah 'naik gila!'
5. HaHa kelihatan risau apabila melihat peminat yang berada di tingkat dua dan tiga yang semakin agresif. Malah dia juga berpesan berkali-kali supaya jaga diri dan berhati-hati.
6. Ketika upacara perasmian, banyak belon telah dilepaskan dan salah satu daripadanya telah meletup secara tiba-tiba sehingga membuatkan HaHa terkejut serta melatah. Gelagatnya itu disambut dengan gelak ketawa oleh peminatnya.
7. Pelakon tempatan Emily Chan yang merupakan duta kepada 11 Street diberi peluang untuk menikmati coklat Papero bersama HaHa dan ini membuatkan penonton yang hadir cemburu.
8. Menariknya lagi, perwatakan HaHa adalah sama seperti apa yang ditunjukkan dalam program Running Man. Perangainya yang gemar mengusik memang tak dapat diubah.
9. Jangan terkejut kerana peminat yang hadir bukan sahaja terdiri dari golongan remaja sahaja, tetapi yang berumur 30 hingga 40 tahun pun ada okay!
10. HaHa meluangkan masa untuk sesi bergambar dan penyampaian hadiah kepada peminat bertuah. Ha yang mana tak dapat peluang tu, makan hatilah jawabnya.
11. Walaupun masa agak suntuk, HaHa juga sempat menyanyikan beberapa buah lagu sambil menari bersama peminat.
12. Selain itu, Haha turut memberikan buah tangan sewaktu menyampaikan lagu ‘Rossa’ di mana dia membaling beberapa ‘towel’ yang tercatit namanya kepada peminat sebagai tanda terima kasih.
13. Takut juga ketika melihat aksi beberapa peminat yang berebut untuk menyambut ‘towel’ dibaling HaHa. Fuh! rasa macam tengok orang bergusti pun ada jugak.
14. HaHa sempat mengambil gambar kenangan bersama peminat di acara itu dan kemudiannya memuatnaik foto tersebut di akaun Instagramnya dengan hashtag #terimahkasih. (Comel je ejaan terima kasih tu)
14. Sebelum pulang ke Korea, HaHa meluangkan masa berjalan-jalan sambil menikmati aiskrim di sebuah ‘cafe’ di ibu kota.
15. Tidak seperti artis lain, HaHa begitu selesa berjalan bersama sahabat dan juga pengurusnya tanpa perlu ditemani puluhan pengawal. Biarpun ramai yang ingin mengambil gambar, perkara tersebut sedikit pun tidak menganggu dirinya. Reaksi pengunjung ‘café’ itu sangatlah ‘priceless’!
Teks Oleh: Mya Amri
Ahmad Shah
Fri Nov 13 2015
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya