Pelakon Juliana Evans telah berkongsi beberapa keping foto percutian di Indonesia khas buat tatapan peminat.

Namun lain pula jadinya apabila foto tersebut menjadi bualan hangat diruangan komen akaun Instagram (IG)nya sehingga ada melabelkan pakaian yang dipakai oleh aktres itu menyerupai coli.

Menerusi foto tersebut, Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Jue dilihat tampil dengan ‘dress’ berwarna kelabu yang menampakkan bahagian belakang badannya.

Malah peminatnya juga meluahkan rasa kecewa dan kurang selesa dengan pemilihan pakaian artis kesayangan mereka yang mendedahkan sebahagian tubuhnya.

Rata-ratanya berpendapat foto itu tidak patut dipaparkan untuk tatapan umum kerana boleh mengundang komen negatif terhadap aktres itu.

Bagaimanapun Jue tidak ambil peduli terhadap komen-komen negatif yang diberikan oleh pengikut di IGnya.

Berikut merupakan beberapa foto Juliana Evans yang telah mengundang kontroversi: