Penyanyi Ifa Raziah menjelaskan dia masih belum berhijab sepenuhnya dan hanya mengenakan tudung pada bulan Ramadan sahaja.

Menurut Ifa, dia mahu perubahan itu lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan kerana disuruh atau paksaan daripada sesiapa.

“Sebenarnya saya akan teruskan memakai tudung ketika bulan Ramadan. Saya rasa bukan saya seorang sahaja bah kan ada lagi artis-artis lain dan juga orang ramai.

“Ada sebab kenapa saya belum sepenuh hati untuk bertudung. Kita ni bila nak pakai tudung biar buat kerana Allah.

“Bukan kerana orang suruh atau suami yang suruh. Kalau hati kita tak ikhlas untuk pakai pun tak guna juga.

“Ada sebab, cukuplah Allah dan suami saya yang tahu. Saya tak peru nak kongsi benda ni dengan orang,” jelasnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).