Pengacara Faizal Ismail mendedahkan bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Cardiff University, United Kingdom (UK) pada September ini.

Menurut Faizal dia sudah lama mempunyai perancangan tetapi terpaksa ditangguh disebabkan urusan peribadi dan bisnes.

"Insya-Allah sekiranya tiada apa-apa aral, saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Cardiff University UK pada September ini.

"Sesuatu yang dah lama saya rancang namun kerana urusan peribadi dan bisnes maka tahun ini, Allah izinkan.

"Master dalam bidang Industri Kreatif (Creative Industries) yang akan saya manfaatkan untuk diri dan Malaysia," tulisnya.

Tambah Faizal perniagaan berasaskan makanan yang dijalankannya masih berjalan seperti biasa.

"Apapun, bisnes @efbifoodproduct_hq akan tetap berjalan seperti biasa kerana sudah ada team yang menguruskan.

"Saya juga akan membawa produk 'Ready to Eat' ini untuk diperkenalkan di sana.

"Begitu juga @dbilique, saya akan mengusahakan 'content' berlainan sepanjang berada di sana.

"Doakan segala urusan dipermudahkan, insya-Allah," tulisnya lagi.

InshaALLAH sekiranya tiada apa2 aral, saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat MASTER di CARDIFF UNIVERSITY UK pada September ini. . . Sesuatu yg dah lama saya rancang namun kerana urusan peribadi dan bisnes maka tahun ini, ALLAH izinkan. . . Master dalam bidang INDUSTRI KREATIF (Creative Industries) yg akan saya manfaatkan utk diri dan Malaysia. . Apapun, bisnes @efbifoodproduct_hq akan tetap berjalan spt biasa kerana sudah ada team yg menguruskan. Saya juga akan membawa produk ‘Ready to Eat’ ini utk diperkenalkan di sana. . Begitu juga @dbilique , saya akan mengusahakan ‘content’ berlainan sepanjang berada di sana. . Doakan segala urusan dipermudahkan, InshaAllah .

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on