“Saya Nak Book Doktor Hensem Ini Kalau Saya Bersalin Nanti!”

“Kalau Doktor Handsome Macam Ni, Hari-Hari Sakit Pun Takper, Boleh Datang Mintak MC!!”

Amboi, dahsyat komen akak-akak kita ini. Sanggup sakit sebab nak jumpa doktor handsome. Jumpa pendakwah handsome taknak ke? Boleh tuntut ilmu agama.

Begitulah sebahagian dari komen-komen di laman sosial Facebook awal bulan ini.

Semuanya gara-gara tentang kemunculan seorang doktor pakar sakit puan yang dijemput menjadi tetamu di sebuah stesen radio.

Antara yang menjadi sebutan ialah ketampanan doktor tersebut dan bagaimana tiba-tiba sebilangan wanita di Malaysia menjadi obses dengannya.

Lebih mengejutkan, ada juga yang tanpa segan silu memberitahu sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan doktor berkenaan menguruskan mereka bersalin.

Perkara ini telah mengundang pelbagai perspektif dan pendapat dari pelbagai golongan masyarakat.

Lumrah manusia, mereka memang selalu sukakan sesuatu yang cantik, kacak atau elok pada pandangan mata mereka.

Maka tidak hairan jika ada yang sampai sanggup melakukan apa sahaja semata-mata nak berhadapan dengan doktor kacak itu tadi.

Persoalannya di sini, jika golongan-golongan ini sanggup melakukan apa sahaja untuk berhadapan dengan doktor kacak itu, kenapa keinginan itu tidak disalurkan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat seperti menimba ilmu agama misalnya.

Malah jika diperhatikan sejenak, negara kita Malaysia tidak kurang dengan kehadiran golongan pendakwah-pendakwah kacak atau pun kata orang tua, `sedap mata memandang`.

Contohnya ialah pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Biyajid.

Wajah Ustaz Don sebelum ini pernah menyentuh hati ramai wanita ketika dia membuat penampilan di awal kemunculannya dahulu.

Tidak sedikit wanita yang ‘hancur’ hati mereka apabila melihat Ustaz Don melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya pada 2012.

Selain itu, dunia dakwah negara kita juga turut diserikan dengan kehadiran Imam Muda Asyraf yang menjadi juara pertama program Imam Muda pada tahun 2010.

Dengan imej moden dan segar berbanding imej stereotaip pendakwah lain, penampilan Imam Muda Asyraf turut menarik minat gadis-gadis untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama.

Namun seperti mana Ustaz Don, Imam Muda Asyraf telah pun bergelar suami orang.

Tetapi itu tidak bermakna tiada golongan pendakwah bujang yang tidak tampan.

Program Pencetus Ummah 2015 yang sedang berlangsung ketika ini turut menampilkan PU Abu dan PU Amin yang mana kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri.

PU Abu seperti dilihat memiliki badan yang tegap atau dalam bahasa moden ini, ‘sado’ manakala PU Amin yang merupakan salah seorang peserta ‘favourite’ ketika ini bukan sahaja memiliki wajah yang tampan, tetapi mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi (dia baru sahaja pulang dari Mesir).

Kesimpulannya, pastikan niat dan keinginan kita itu disalurkan kepada sesuatu yang baik dan memberi manfaat. Sebagai masyarakat Islam, kita seharusnya menunjukan contoh yang baik dengan akhlak kit.

Seperti mana tagline Pencetus Ummah 2015, ‘Dakwah Dengan Akhlak’.

Pastikan anda menonton separuh akhir Pencetus Ummah 2015 pada Khamis ini, 19 November 2015 jam 9.30 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Oh ye Ustaz Don akan hadir sebagai juri jemputan, pasti anda ingin melihat dengan mendengar sendiri komen beliau terhadap peserta Pencetus Ummah kali ini.