Pada tahun 2014, Malaysia dikejutkan dengan 2 insiden terburuk dalam sejarah penerbangan kita. Kehilangan pesawat MH370 dan insiden kapal terbang MH17 yang terhempas dalam perjalanan ke KLIA kerana ditembak jatuh oleh peluru berpandu Russia menjadi bualan seluruh dunia.

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

Statistik kadar untuk anda terselamat adalah 24% berdasarkan sumber yang diperolehi. Bencana terburuk ini disusun jumlah kematian penumpang pesawat.

10. American Airlines Flight 191
Tarikh: 25 Mei 1979
Jumlah Kematian: 273 orang



Kapal terbang jenis DC-10 ini meninggalkan lapangan terbang Chicago O'Hare pada petang Jumaat, namun selepas beberapa ketika enjin kiri tercabut daripada sayap dan menyebabkan pesawat udara ini terhempas ke darat hanya lebih kurang 2km daripada landasan pelepasan.

Kesemua 271 penumpang beserta krew terbunuh manakala dua orang di atas yang berada darat juga meninggal dunia akibat penghempasan pesawat tersebut. Bencana ini merupakan insiden penerbangan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

9. Tentera Udara Iran Flight Ilyushun II-76
Tarikh: 19 Februari 2003
Jumlah Kematian: 275 orang



Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh cuaca buruk termasuk angin kencang dan kabus menurut laporan Tentera Udara Iran. Pesawat ini terhempas di Gunung Sirach berdekatan Kerman di Iran dan telah membunuh kesemua ahli "Revolutionary Guards" yang menaiki pesawat tersebut.

Rangkaian Keselamatan Penerbangan Iran mengklasifikasikan kemalangan ini sebagai Controlled Flight Into Terrain (CFIT) di mana juruterbang pesawat tersebut menghempaskan pesawat secara tidak sengaja.

8. Iran Air Flight 655
Tarikh: 3 Julai 1988
Jumlah kematian: 290 orang




Insiden ini tidak diklasifikasikan sebagai kemalangan kerana ia berlaku semasa Peperangan Iran-Iraq dan kemudiannya peperangan Gulf melibatkan tentera Amerika Syarikat, Iran, Iraq dan beberapa negara lain.

Kesilapan tentera USA menembak peluru berpandu udara tepat ke Pesawat Iran 655 telah membunuh kesemua penumpang yang tidak bersalah. Kerajaan USA menjelaskan bahawa tentera udara mereka menganggap pesawat tersebut merupakan pesawat pejuang F-14A Tomcat.



Pada tahun 1996, kerajaan USA dan Iran mencapai persetujuan di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membayar wang pampasan sebanyak $213,103.45 bagi setiap seorang penumpang, bersamaan kira-kira £346,000 nilai hari ini.

7. Malaysia Airlines Flight MH17
Tarikh: 17 Julai 2014
Jumlah Kematian: 298 orang




Insiden yang sama berlaku seperti insiden No. 8 dalam senarai apabila pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777-200 ditembak jatuh berdekatan sempadan Russia oleh peluru berpandu. Pesawat ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan melalui kawasan penerbangan Ukrain.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, kesemua 298 penumpang yang tidak bersalah ini terbunuh kerana sewaktu itu peperangan antara pemberontak pemisah dan kerajaan Ukraine sedang berlaku. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Donbass.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa pernah memberi amaran supaya mengelakkan laluan udara Ukraine kerana bimbang perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa melalui laluan tersebut.

6. Saudi Arabian Airlines Flight SV163
Tarikh: 19 Ogos 1980
Jumlah kematian: 301 orang




Kematian kesemua 301 penumpang yang menaiki pesawat jenis Lockheed L-1011 ini merupakan eksiden paling dahsyat dalam sejarah penerbangan yang tidak melibatkan penghempasan atau perpecahan kapal terbang semasa penerbangan.

Pesawat ini berlepas daripada lapangan terbang Riyadh dalam perjalanan ke Jeddah kemudiannya berpatah balik beberapa minit kemudian dan mendarat secara kecemasan kerana berlakunya kebakaran dalam kapal terbang.

Namun, setelah pesawat ini mendarat, juruterbang tidak melakukan pemindahan kecemasan sebaliknya memandu kapal terbang tersebut ke lapangan terbang. Kemudian ia mengambil 23 minit untuk mengakses kapal terbang setelah enjin berhenti.

Ketika pintu pesawat dibuka, kesemua yang berada di atas kapal terbang telah terbunuh akibat daripada menyedut asap kebakaran. Paling menyedihkan, tiada sesiapa pun yang melakukan prosedur pemindahan keluar kecemasan.

5. Air India Flight 182
Tarikh: 23 Jun 1985
Jumlah Kematian: 329 orang




Insiden ini merupakan serangan keganasan terburuk melibatkan kapal terbang apabila pesawat jenis Boeing 747 terhempas di lembah pantai Ireland. Pesawat ini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sahar di India dari Toronto, Kanada.

Pengeboman berlaku di bahagian kargo oleh organisasi ekstremis Sikh iaitu Babbar Khalsa.

Dipercayai penumpang yang bertanggungjawab mengebomkan pesawat ini ialah "M Singh" yang mendaftar masuk penerbangan bersama 1 beg mempunyai bom tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.

Laporan siasatan menemui bahawa kegagalan proses sekuriti di Kanada menyebabkan serangan pengganas ini berjaya dilaksanakan. Beberapa hari memorial diwujudkan bagi memperingati kesemua yang terkorban di Kanada dan Ireland.

4. Turkish Airlines Flight 981
Tarikh: 3 Mac 1974
Jumlah Kematian: 346 orang



Kelemahan dalam reka bentuk kapal terbang jenis Douglas DC-10 membawa padah apabila kesemua 355 penumpang dan 11 krew terkorban apabila pesawat ini terhempas di Hutan Ermenonville di utara Paris.

Kapal terbang ini berlepas dari Lapangan Terbang Orly di Paris dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Perjalanan sebenar ialah dari Istanbul dan Paris hanya perjalanan transit.

Selepas 10 minit berlepas, pintu kargo kiri kapal terbang tercabut akibat daripada masalah bagaimana ruang pintu selak ditutup.

Disebabkan masalah mekanisma kunci bagi pintu ini, kapal terbang menghala ke darat dengan kelajuan 800 km/h setelah juruterbang hilang kawalan. Penghempasan ini merupakan insiden terburuk di Perancis dan kedua di Eropah.

3. Saudi Arabian Airlines Flight 769 & Kazakhstan Airlines Flight 1907
Tarikh: 12 November 1996
Jumlah Kematian: 349



Pelanggaran udara terburuk yang pernah berlaku melibatkan Pesawat Saudi 769 dan Pesawat 1907 - Kazakhstan Airlines di bandar Charkhi Dadri utara India.

Kapal terbang Saudi jenis Boeing 747 dalam perjalanan ke Dhahran dari Delhi manakala pesawat Kazakhstan Airlines jenis Ilyushin II-76 dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Indira dari Shymkent. Insiden ini membunuh 312 orang di atas pesawat dan kemudiannya 37 lain turut terbunuh.

Kemalangan ini berlaku apabila pesawat Ilyushin sepatutnya mendarat sehingga 15,000 kaki tetapi ia melebihi had ke 14,500 kaki manakala Boeing 747 dalam perjalanan ke arah atas di arah yang berlawanan.

Ketika pengawal trafik udara memberi amaran kepada kedua-dua kapal terbang, ia sudah terlambat.

Ekor kapal terbang Kazakhstan memotong sayap pesawat Saudi menyebabkan pesawat Saudi berpusing dengan sangat laju manakala Ilyushin bergerak sedikit perlahan berbanding Boeing 747 tetapi masih cukup laju untuk menyebabkan juruterbang hilang kawalan untuk mendarat.

2. Japan Airlines Flight 123
Tarikh: 12 Ogos 1985
Jumlah Kematian: 520 orang



Pesawat Boeing 747 milik Japan Airlines terhempas ke Gunung Takamagahara di tengah-tengah Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, 4 orang terselamat apabila pesawat ini berpusing tanpa kawalan menyebabkan sayap kapal terbang berlanggar rabung gunung sebelum terbalik dan mendarat pada belakang badan pesawat.

Juruterbang dapat mengawal kapal terbang dan terus memastikan pesawat berada di udara selama 32 minit selepas kegagalan mekanikal, masa yang tidak pernah menyamai simulator penerbangan.

Hari ini, terdapat kuil memorial di atas gunung tersebut bagi memperingati bencana yang berlaku selain terdapat muzium dibuka oleh syarikat penerbangan yang mempunyai nota atau surat terakhir yang ditulis oleh penumpang kepada orang tersayang.



Kesemua staf syarikat tersebut wajib pergi ke museum tersebut untuk melihat surat-surat ini. Kesemua yang terselamat adalah wanita dan berada di tengah-tengah barisan kapal terbang ketika kemalangan berlaku.

1. Bencana Lapangan Terbang Tenerife
Tarikh: 27 Mac 1977
Jumlah Kematian: 583 orang



Lain dengan insiden no 3, pelanggaran ini berlaku di darat akibat kesilapan juruterbang. Kedua-dua pesawat merupakan pesawat Boeing 747, satu milik Koninklijke Luchtvaart Maatschappij (KLM) atau lebih dikenali sebagai Royal Dutch Airlines manakala lagi satu milik Pan Am American Airways (Pan Am).

Tiada satu pun pesawat yang sepatutnya berada di Los Rodeos tetapi kedua-dua pesawat ini terpaksa bertukar haluan daripada Las Palmas setelah sebuah bom diletakkan di kedai bunga lapangan terbang tersebut.

Pelanggaran berlaku apabila Pan Am sepatutnya melalui jalan keluar ketiga, (C3) tetapi juruterbang menyangkakan C4 sebagai C3 manakala pesawat KLM pula berlepas tanpa kebenaran yang sah.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila kabus tebal menghalang penglihatan pesawat Pan Am setelah dilihat KLM 747 keluar dari kabus. Kesemua penumpang dan krew KLM terbunuh manakala 7 daripada 16 krew dan 54 daripada 380 penumpang Pan Am terselamat.

Al-Fatihah

Sekalung peringatan buat mangsa MH370 yang hilang bersama-sama pesawatnya.

Tarikh: 8 Mac 2014
Jumlah Kehilangan: 239



Ralat: Kredit Sebenar Untuk Artikel Ini Adalah Milik iluminasi.com

Kredit Gambar: Muhammad Fadriy, Twitter: @fadryyy_

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @fadryyy_ dan mendapat hampir 10 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]