Aktres berlesung pipit, Preity Zinta bertindak menghentam pihak media di laman Twitter miliknya gara-gara foto selfienya dengan Rani Mukerji di majlis sambutan hari jadi Amitabh Bachchan.

Tidak lama selepas foto tersebut di muat naik, pihak media secara tidak sengaja menggelarkan mereka berdua pelakon yang lahir di zaman 90an.

Akibat tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Preity Zinta memuat naik beberapa Tweet yang menzahirkan rasa marah kerana diberi gelaran tersebut.

“Sungguh hairan mengapa pihak media menggelarkan saya dan Rani Mukerji pelakon yang lahir di zaman 90an. Saya hanya muncul menerusi dua filem iaitu Dil Se, Soldier (1998) dan Sanghursh (1999).

“Kemudian kami berdua bekerjasama dalam filem-filem Bollywood setiap dua tahun sejak 2000. Jadi secara teknikalnya saya rasa pihak media telah membuat tekaan yang salah. Pelik bukan?

Preity Zinta sekeras-kerasnya mengkritik tindakan pihak media yang tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan kepada umum.

Antara filem-filem Bollywood yang menggandingkan Preity Zinta dan Rani Mukerji ialah Har Dil Jo Pyar Karega, Chori Chori Chupke Chupke, Kabhi Alvida Naa Kehna dan Veer Zaara.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Bollywood Life, NDTV