Persaingan sering tercetus di mana-mana temasuklah di kalangan adik-beradik, tidak terkecuali bintang program realiti digital The House iaitu Yaya, Chacha serta Emma Maembong.

Semua perkara dilakukan bersungguh-sungguh kerana ingin membuktikan bahawa mereka mampu melakukan yang terbaik.

Dalam program The House episod keempat yang bersiaran di www.TheHouse.com.my semalam , adik-beradik Maembong ini telah melakukan beberapa aktiviti menarik iaitu beraksi dengan Dance Mate, berkaraoke dan bermain Laser Tag.

Dalam aktiviti Dance Mate misalnya, mereka bersaing sesama sendiri untuk menujukkan aksi terbaik.

Lucunya dalam sibuk bersaing, tanpa disedari mereka telah melakukan aksi mencuit hati.

Yaya menari sesuka hati tanpa mengikut tempo Dance Mate, Chacha pula menggunakan tangan untuk memastikan dia dapat mengikut tempo dengan betul, manakala Emma pula berusaha untuk menari seiring dengan tempo tetapi gagal.

Seterusnya, semasa sesi karaoke, Yaya, Chacha dan Emma telah diberikan tugasan untuk menyanyikan genre lagu yang berbeza.


Yaya diberikan lagu dangdut iaitu Goyang Inul, Chacha lagu rap berjudul Love The Way You Lied, manakala Emma pula membawakan lagu Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai.

Walaupun tidak suka dengan pilihan lagu yang diberikan, mereka lakukan juga kerana ia merupakan tugasan wajib diselesaikan.

Akhirnya, Yaya telah berjaya membuatkan Chacha dan Emma terkedu apabila dia menunjukkan skil gelek dangdutnya ketika membawakan lagu goyang Inul.

Dalam masa yang sama, Chacha telah membuatkan Emma dan Yaya ketawa geli hati kerana rapnya memiliki slang Terengganu yang pekat. Menyedari bahawa nyanyiannya gagal, Emma cuba mengaburi mata Yaya dan Chacha dengan melakukan aksi tarian Bollywood yang lincah.

Biarpun Yaya yang menjuarai tugasan ini, namun kemenanganbukanlah segala-galanya buat mereka kerana apa yang lebih penting ialah dapat meluangkan masa dengan melakukan akviti bersama.

Aktiviti bermain laser tag di Berjaya Times Square juga agak menarik. Biarpun pasukan Hijau terdiri daripada tiga ahli perempuan dan salah seorang daripadanya sedang hamil, ia bukan penghalang untuk mereka menjuarai permainan itu.

Dengan memberikan sokongan di antara satu sama lain serta perlindungan yang diperlukan, pasukan Hijau yang dibarisi Emma, Yaya serta Lia Natalia telah menewaskan pasukan Biru yang barisi 2 jejaka termasuklah Kamal Adli berserta Chacha.

Kemenangan Emma, Yaya serta Lia Natalia membuktikan bahawa sesuatu perkara dapat dilakukan dengan jayanya jika kita memberi sokongan dan perlindungan kepada satu sama lain pada saat-saat yang diperlukan, seperti mana yang dipercayai oleh Kotex.

Sedutan dari episod 4 The House:


Apakah yang akan berlaku selanjutnya dalam kehidupan adik-beradik Maembong ini? Jangan lupa saksikan episod kelima The House yang akan bersiaran di www.TheHouse.com.my setiap Rabu, jam 4 petang.