Portal Huffington Post tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka terhadap penyanyi Zayn Malik selepas memuat naik tweet mereka mengenai pengganas ISIS dengan menggunakan imej bekas ahli kumpulan One Direction itu.

“Kami memohon maaf atas penggunaan imej tersebut. Nama Zayn Malik ada disebut menerusi artikel kami, namun dia bukanlah salah seorang anggota ISIS,” dipetik menerusi Tweet yang dimuat naik oleh Huffington Post.

Jumaat minggu lalu, Huffington Post telah memuat naik tweet mengenai artikel “Apa Yang ISIS Mahu?” dengan menggunakan imej Zayn Malik.

Tweet tersebut mendapat kritikan hebat oleh peminat dan pengguna media sosial yang menganggap ianya sesuatu yang sangat melampau.

Walau bagaimanapun, menurut Huffington Post imej tersebut digunakan sebagai rujukan kepada umum mengenai seorang Muslim yang boleh dijadikan contoh terbaik kepada umum.

Mac yang lalu, Zayn Malik mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan One Direction selepas mengakui tidak mempunyai kebebasan untuk berkarya selain ingin bebas daripada dunia glamour.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Hollywood Life, E online