Pelakon Shaheizy Sam tampil menjelaskan kekeliruan ramai berhubung skim pelaburan aset spekulatif mata wang Bitcoin yang tular sebelum ini.

Jelas Sam, pihaknya tidak terbabit secara langsung atau tidak dengan syarikat yang mengendalikan skim terbabit.

"Tak pernah ambik tahu pun pasal Bitcoin! Tapi Sam rasa, syarikat yang curi-curi pakai nama Sam, gambar Sam and pandai-pandai buat cerita pasal Sam ni mesti syarikat yang takda duit.

"Semua curi je. Jadi, tak payahlah nak cerita juta-juta," jelasnya menerusi sebuah entri di Instagram malam tadi.

Tak pernah ambik tahu pun pasal Bitcoin!!! Tapi Sam rasa, Company yg curi2 pakai nama Sam, gambar Sam and pandai2 buat cerita pasal Sam ni mesti Company yg takda duit. Semua curi je. Jadi, tak payah la nak cerita Juta-Juta ?. Company lain yg buat duit sikit pun pandai bayar utk buat IG review, paling2 pun mesti minta tolong atau minta kebenaran dulu. Semoga anda tidak tertipu. Sekian, Terima Kasih ? P/S : Sorry, saya tak pernah MUFLIS ?

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Kecewa dengan tindakan syarikat terbabit mengambil kesempatan dengan menggunakan foto dan namanya, Sam turut berpesan pada orang awam agar tidak tertipu.

"Syarikat lain yang buat duit sikit pun pandai bayar untuk buat IG review, paling-paling pun mesti minta tolong atau minta kebenaran dulu.

"Semoga anda tidak tertipu," tambahnya.

Malah, Sam menafikan khabar angin bahawa dirinya pernah muflis sebelum ini.

"Sorry, saya tak pernah muflis," tegas Sam.

Sebelum ini saluran berita Astro Awani membuat penafian secara jelas bahawa Sam serta syarikat yang dikaitkan dengannya iaitu Bitcoin tidak pernah muncul dalam mana-mana rancangan di stesen terbabit.

Penafian itu dibuat susulan sebuah berita yang muncul di atas talian yang menyatakan bahawa kononnya Bitcoin Future pernah ditemuramah oleh pengacara Astro Awani.