Aktres Bollywood, Kareena Kapoor menyifatkan dirinya sangat beruntung menjadi isteri kepada Saif Ali Khan.

Menurut Kareena, Saif merupakan lelaki yang cukup sempurna dan sangat gembira berada di sisi antara lelaki paling kacak di India.

“Jika bertemu seorang jejaka buat pertama kali, kita pasti melihat penampilannya. Saya rasa sangat beruntung kerana berkahwin dengan lelaki yang paling kacak di India.

“Pada pendapat saya, lelaki harus mempunyai pakej yang lengkap dari segi keperibadian. Untuk seseorang seperti Saif, dia mempunyai penampilan yang menarik dan perkara tersebut menjadi kekuatannya pada pandangan pertama.

“Dia juga sangat peka dengan soal budaya, sejarah dan dalam pada masa yang sama seorang yang bijak,” luah Kareena Kapoor.

Malah Kareena menganggap Saif seorang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja tidak kira orang kebanyakan mahupun cendiakawan.

“Saif tidak hanya membuatkan seseorang itu tertarik dengan personaliti yang dimiliki tetap juga cara pemikirannya. Dia mampu berdebat dengan cendiakawan dari Oxford mahupun kalangan mereka yang dari Bollywood. Sejujurnya, saya jarang bertemu lelaki seperti dia sebelum ini,” tambah Kareena lagi.

Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012 selepas tiga tahun bercinta.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Filmi Beat, Harper’s Bazaar