Isteri pertama pelakon Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada petang Khamis.

Berita gembira tersebut disahkan sendiri oleh bapa Dayana, Hj Lokman Abdul Hamid menerusi akaun Facebook miliknya dengan memuat naik dua keping foto cucunya itu dengan status yang berbunyi:

“Kelahiran Permata Hati yg baru,

“Assalamualaikum wbrt, Kami sekeluarga sujud syukur kpd Allah swt atas kelahiran permata hati yg baru. Petang tadi anak saya Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy 2.85 kg. Tahniah kpd Dayana dan Ashraf.

“Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kpd Allah swt atas kelahiran cucu yg kedua ini. Ameen ameen ameen. Hj Lokman, 10 Dec 2015”
tulisnya.

Dalam pada itu, akaun Facebook Hj Lokman dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan dan peminat Ashraf Muslim yang gembira dengan berita tersebut.

Teks Oleh: Mya Amri