Pelawak kumpulan Bocey, Abam telah memperkenalkan nama bayi sulungnya selepas isterinya, Siti Norhidayah bersalin pada awal 14 Jun lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

"Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak saya, Syed Uthman Hamzah hari ni.

"Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda saya," tulisnya.

Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak sy hari ni... Terima kasih kepada semua yg sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda sy... . Newborn session by : @rekaancreative Photographer in charge : @hilmanfikry . #pendosa #pendosadunia #misimengecil #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang #boceyMLM2018 #gshock #gshockmalaysia #SIKASIH #sayadahjadiayah #syedkecik #ABAMjunior

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on


Pengumuman nama anak Abam itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memujinya kecomelan yang dimiliki oleh Syed Uthman Hamzah.

Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, 14 Jun lalu.