Perkara itu dikongsikan oleh Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.
"Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak saya, Syed Uthman Hamzah hari ni.
"Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda saya," tulisnya.
Pengumuman nama anak Abam itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memujinya kecomelan yang dimiliki oleh Syed Uthman Hamzah.
Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, 14 Jun lalu.