Kempen Juara Takkan Gentar atau Champions Never Give Up meneruskan usaha MILO® untuk menyokong mesej bahawa sukan mampu memberi pengajaran positif kepada anak-anak muda.

Ia juga mengingatkan para ibu bapa dan anak-anak muda bahawa kejayaan bukan sekadarnya mendapat nombor satu tetapi ia juga melibatkan kemampuan untuk bangkit semula dari kegagalan.

Menerusi kempen ini juga, 3 ahli panel yang terdiri daripada Pelakon dan Pengacara TV yang juga ibu dua anak, Vanidah Imran, Pakar Psikilogi Perkembangan Kanak-Kanak, Elaine Yong serta Pengurus Eksekutif Pemasaran Milo, Philomena Tan telah berkongsi pandangan masing-masing tentang bagaimana memupuk nilai-nilai pantang menyerah kalah dalam diri anak-anak.

Menurut Pakar Psikologi Perkembangan Kanak-kanak, Elaine Yong, dalam panel perbincangan yang dianjur oleh MILO®, berikut adalah beberapa cara untuk memupuk nilai-nilai pantang menyerah kalah dalam anak-anak anda:

1) Turut serta bersama anak-anak anda

- Kanak-kanak akan belajar dengan lebih cepat jika ibu bapa turut serta dalam proses pembelajaran dan mengamalkan segala nilai yang mereka ingin terapkan – dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberi contoh yang terbaik

- Ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk anak mereka, tetapi kita perlu memberi penjelasan kepada anak-anak supaya mereka memahami bahawa nasihat yang diberi ada kebaikan

*Vanidah: Saya cuba sebaiknya untuk mengamalkan semua nasihat yang saya berikan kepada anak-anak saya, Mikail dan Maryam...jika tidak mereka akan mempersoalkannya.

2) Berhati-hati dengan cara anda memberi pandangan

- Pandangan terhadap anak-anak haruslah jelas; cuba memberi bimbingan dan bukan selalunya memarahi mereka

- Kanak-kanak dapat membezakan nada dan penyampaian kritikan dan hanya memberi pandangan

- Sebagai contoh, apabila bermain badminton, berikan teguran seperti: “Cuba angkat tangan lebih tinggi supaya dapat memukul bulu tangkis”, dan bukan “Kenapa pukul macam tu?!”

3) Jelaskan erti persaingan yang sihat

- Persaingan yang sihat mendorong anda untuk bekerja keras dan mengajar anda untuk redha dengan kegagalan, sebaliknya persaingan yang kurang sihat lebih menumpukan terhadap kelemahan dan akan mengecewakaan anak anda apabila mereka kalah

- Menerangkan perbezaan antara kekalahan dan persaingan dapat membantu anak anda memahami bahawa persaingan adalah sesuatu yang bagus untuk menguji kemahiran dan ketabahan mereka

*Philomena: Menyedari kecenderungan kanak-kanak generasi ini yang kerap mudah berputus-asa, kami telah mengumpul video testimoni daripada kanak-kanak Malaysia tentang persepsi mereka terhadap kemenangan #1 dan kekecewaan mereka jika tidak mencapai target mereka!

Ibu bapa boleh menonton video tersebut di www.milo.com.my atau laman Facebook MILO® Malaysia

4) Bimbing mereka belajar daripada kesilapan

- Ajar mereka untuk mencari penyelesaian apabila berdepan kesukaran tetapi elakkan daripada memberi penyelesaian secara langsung – galakkan mereka untuk membuat keputusan untuk diri mereka sendiri

- Ingatkan mereka bahawa ada kalanya perkara yang berlaku tidak semestinya berjalan seperti yang kita rancang tetapi anda akan sentiasa berada di samping mereka untuk menyokong mereka

*Vanidah: Apabila anak saya kalah semasa hari sukan sekolah, saya sentiasa mengingatkan mereka bahawa kekalahan bukanlah sesuatu yang teruk, ia lebih teruk jika mereka tidak mencuba, sentiasa berfikiran positif dan kita akan dapat hasil yang positif.