Pelawak Jihan Muse telah hadir ke majlis malam berinai pelakon Nad Zainal yang bakal berkahwin pada 18 Disember ini.

Selain Jihan, majlis yang berlangsung pada malam semalam (Rabu) dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat antaranya Sherry Al-Hadad, Marsha, Sara Ali, Sharifah Sakinah dan Nabila Huda.

Lebih menarik, jurugambar profesional telah merakamkan beberapa aksi lucu Jihan Muse bersama rakan-rakan sepanjang majlis tersebut dan momen indah itu kemudiannya dikongsi menerusi akaun Instagram Nad Zainal.

Foto-foto Jihan telah menerima komen positif di mana mereka memuji kecantikan Jihan dan juga persahabatan mereka berdua.

Ada juga pengikut di Instagram yang menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat Jihan mengikuti jejak langkah sahabatnya mendirikan rumah tangga.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto comel Jihan Muse di majlis berinai Nad Zainal:

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram @nad.zainal