Sungguhpun meminati aktiviti lasak, Chacha Maembong sebenarnya seorang yang sangat takut kepada ketinggian.

Oleh sebab itu, Chacha enggan melakukan tugasan menaiki belon panas yang diberikan kepadanya.

Disebabkan terlalu takut, Chacha gagal mengawal perasaannya dan hanya menangis sepanjang melaksanakan tugasan tersebut bersama kakak-kakaknya, Emma dan Yaya.

Emma tidak melepaskan peluang menyakat Chacha yang sedang ketakutan dengan menyanyikan lagu popular R Kelly, 'I Believe I Can Fly' sekuat hati.

Walaupun tugasan telah selesai, Emma masih meneruskan provokasi terhadap Chacha, sehingga Yaya terpaksa campur tangan untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Menyedari kesilapannya, Emma cuba memujuk serta memohon maaf. Namun, Chacha tidak mahu dipujuk.

Bagaimanapun album gambar lama yang disimpan Yaya berjaya memulihkan hubungan mereka.

Mereka mengimbau kembali kenangan ketika masih kecil semasa foto-foto keluarga dan kenangan di dalam album tersebut.

Emma dan Chacha akhirnya sedar bahawa, walau apapun terjadi, hubungan mereka adik beradik tidak akan putus dan kasih sayang antara mereka akan teguh selamanya.

Dalam episod ke-lapan The House ini turut memaparkan Emma, Chacha dan Yaya melakukan aktiviti selam skuba (scuba diving) di Dolphins Aquatic yang terletak di Klang, Selangor.

Emma yang mempunyai lesen selam skuba tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Namun tidak bagi Chacha kerana dia masih perlu mempelajari teknik pernafasan yang betul.

Chacha berhasrat untuk mengambil lesen selam skuba dan telah disokong Yaya, dan berpendapat pada masa hadapan mereka boleh melakukan aktiviti tersebut bersama.

Dalam episod ini, Emma menerima mesej daripada Abby di mana dia meluahkan rasa bersyukur dengan persahabatan mereka kerana Emma sentiasa menyokong Abby di saat dia memerlukan. Mesej tersebut dikongsi melalui laman sesawang Kotex “Pass The Protection” dimana Emma juga turut serta dengan berkongsi pula kepada Chacha dan Yaya.

Apakah yang akan berlaku dalam episod 9 The House minggu hadapan? Jangan lupa tonton The House di www.thehousecom.my yang disokong oleh Kotex pada hari Khamis, jam 4 petang.