Pelakon Shaheizy Sam mencuri perhatian pengikutnya di Instagram (IG) selepas berkongsi gambar terkininya yang semakin berisi.

Menerusi entri di laman sosial terbabit, Sam mengakui sudah tiba masanya untuk dia kembali mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mengurangkan berat badan.

"Thats it! Bapak dah bosan gemuk la, Mat Yip!! Time untuk kurus pula.

"Sapa kat sini nak join Bapak diet sama-sama? Bapak boleh share tips macam mana nak kurus atau sado," tulisnya.

Thats it! Bapak dah BOSAN GEMOK la, Mat Yip!! Time utk kurus plak. Sapa kat sini nak join Bapak diet sama2? Bapak boleh share tips macamana nak kurus atau sado ?. Are u ready coach @ariff_kamarulfitness ?

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata terkejut melihat imej terkini Sam dan mereka yakin dia mampun untuk mengurangkan berat badannya selepas ini.

"@hairulazreen: Hmmm kejap je ni, sure 6 pack keluar balik."

"@_aredip: Perut tu bang cover sikit kalau boleh"

"@yasminedrus: Abang Sam. Tolonglah, saya pun dah bosan gemuk! Penat tau nak jawab dekat orang lain. hahahahha. Tolong share ok. Saya follow."

"@akunakcutiii:Dah nampak perut boroi tu apasal ni? Adoi. Perut tu maju sungguh nooo."

"@ely_elymanda:nFrom 6 pax to 1 pax. Superb. Good luck, abam Sazaly Sam!."


Untuk rekod, Sam telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.