Penyanyi jelita, Adira mengesahkan dia kini merupakan isteri kedua kepada seorang lelaki yang bergelar Datuk Seri.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 24, telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu kira-kira tiga minggu lalu.

"Memang betul saya sudah berkahwin dan merupakan isteri kedua kepada suami saya. Saya berdiam diri bukan kerana mahu lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

"Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu," kata Adira.

Perkhabaran yang mengatakan Adira adalah isteri kedua lelaki itu telah tersebar di media sosial minggu lalu.

Isteri pertama lelaki terbabit yang dikenali sebagai Datin Red membuat pendedahan yang dia dan Adira berkongsi suami di ruangan komen gambar yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Olahan semula: Kamaruddin Razal

Sumber: Harian Metro